Sinopsis Drama Curi-curi Cinta - bersiaran mulai 29 April 2019

Drama Curi-curi Cinta bakal menghiasi slot Megadrama Astro Ria mulai 29 April 2019 menggantikan drama Patah Sayap Bertongkat Paruh. Drama ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam selama 28 Episode. Menampilkan gandingan pelakon hebat Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson. 


Tajuk : Drama Curi-curi Cinta
Jumlah Episode : 28 
Tarikh siaran : 29 April 2019
Waktu siaran : Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria
Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin



PELAKON DRAMA CURI-CURI CINTA
Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Farisha Irwayu

SINOPSIS DRAMA CURI-CURI CINTA
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Intan Raihana (Zahirah Macwilson) yang dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, dimana ibunya buta akibat kemalangan jalanraya dan ayahnya telah meninggal dunia. Intan turut membenci abangnya Iskandar (Talha Harith) kerana mendakwa sebagai punca kemalangan tersebut. 

LIHAT JUGA : OST Drama Curi - curi Cinta (Lirik & Muzik video Lagu Terlalu Memuja Wany Hasrita)


Intan terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim (Aiman Hakim) dan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza (Uyaina Arshad). Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim tetapi hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza. 

Pada suatu hari, Daniel telah diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam dengan mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan pelbagai dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik tetapi ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati  lalu pergi meninggalkan Daniel. Dapatkah Daniel memujuk Intan kembali? 
Sinopsis Drama Curi-curi Cinta - bersiaran mulai 29 April 2019 Sinopsis Drama Curi-curi Cinta - bersiaran mulai 29 April 2019 Reviewed by Bawang on Saturday, April 13, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.