Sinopsis Drama Dia Yang Ku Cinta - Sharnaaz Ahmad dan Syerinie Myra

Drama Dia Yang Ku Cinta akan bersiaran di Slot Samarinda TV3 pada 26 November 2019. Drama arahan Along Kamaludin terbitan A. Aida Production akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam selama 15 episod. Menampilkan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra dan Luqman Hafidz. 


PELAKON DRAMA DIA YANG KU CINTA
Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Catriona Ross, Shah Rezza, Siti Khadijah Halim, Afieq Shazwan, Riena Diana, Jovi Heng, Watie Sadali, Zila Bakarin, Ruminah Sidek, Qistina Raisah, Izzy Reef. 



WATAK PELAKON DRAMA DIA YANG KU CINTA
Sharnaaz Ahmad sebagai Luqman
Syerinie Myra sebagai Cempaka Amna
Luqman Hafidz sebagai Hafiz Andrew
Siti Khadijah Halim sebagai Lara Andrew
Catriona Ross sebagai

SINOPSIS DRAMA DIA YANG AKU CINTA
Drama ini mengisahkan tentang Cempaka Amna (Syerinie Myra) dan adiknya Iman Idham yang telah kehilangan ibu kandung dan telah dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna. Mereka merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Puan Marhanna sering menyeksa dan menghina mereka walaupun hanya melakukan kesalahan kecil. 

Puan Marhanna mempunyai seorang anak lelaki, Hafidz Andrew (Luqman Hafidz) dan seorang anak perempuan, Lara Andrew dimana Lara mempunyai sikap yang sama seperti ibunya manakala abangnya mempunyai sikap seperti ayah yang membela dan ambil berat kebajikan kedua anak yatim itu. 

Saban hari didera menyebabkan Chempaka mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan meninggalkan adiknya seorang OKU walaupun berat hati. Chempaka telah bertemu dengan Luqman (Sharnaaz Ahmad) seorang jurutera yang mampu menghilangkan sengsara di hatinya. Namun, cinta Hafidz Andrew memaksa Chempaka kembali semula ke rumah tersebut dan terpaksa bersemuka dengan Puan Marhanna dan Lara Andrew. 
Sinopsis Drama Dia Yang Ku Cinta - Sharnaaz Ahmad dan Syerinie Myra Sinopsis Drama Dia Yang Ku Cinta - Sharnaaz Ahmad dan Syerinie Myra Reviewed by Bawang on Friday, April 26, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.