Muzikal Lawak Superstar mulai 28 Jun 2019

Nantikan program realiti muzikal komedi terbaru di Astro Warna iaitu Muzikal Lawak Superstar. Program ini akan mula bersiaran pada 28 Jun 2019 setiap hari jumaat jam 9.00 malam selama 10 minggu. Bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil serta di Astro Warna.

muzikal lawak superstar
Muzikal Lawak Superstar akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda manakala Dato Awie, Nora Danish dan Altimet selaku juri tetap. Konsep program ini tercetus apabila melihat komen positif menerusi tema muzikal dalam program Maharaja Lawak Mega. Format pemarkahan, 50 peratus adalah undian penonton dan 50 peratus jumlah pemarkahan diberikan oleh barisan juri tetap. Ia akan dinilai berdasarkan lakonan, sketsa dan nilai komedi, tahap kreativiti lakonan peserta serta kreativiti lirik, persembahan muzik dan sketsa. Program ini menawarkan hadiah lumayan iaitu RM150,000 dan sebuah trofi untuk juara, RM75,000 untuk naib juara, ketiga RM50,000 dan tempat keempat layak mambawa pulang wang tunai RM25,000.


Muzikal Lawak Superstar akan menampilkan sebanyak 14 kumpulan iaitu jumlah peserta sebanyak 42 orang terdiri daripada pelakon, pelawak dan penyanyi. Berikut merupakan 14 kumpulan yang akan bertanding. 



VoiceSharif Zero, Chiwan Chilok, Shiha Zikir
BotakAchey, Abam, Black
NewBohTomok, Mamak Puteh, Ali Puteh
J-BornJoey, Vicha, Khir Rahman
TamanzTaukey, Man Raja Lawak, Zulin Aziz
TitansAin Edruce, Issey, Ammar
LibraBell Ngasri, Elly Mazlein, Rahim Sepahtu
KroniAchok Chilok, Kamal Chilok, Noni AF
SepEyya Gegar Lawak, Pinky Miss Lawak, Shahrul AF
HeartDaniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers, Ezad Lazim
KitawaNadzmi Adhwa, Tapai, Ilham Gegar Lawak
WasapWan Gegau, Amir Raja Lawak, Syura
BungaCaca, Leez AF, Azmir
UNIFad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja). Selain itu, pelanggan NJOI juga turut boleh menikmati siaran. langsung program ini secara percuma untuk minggu pertama secara percuma di NJOI TV (saluran 100). Sebarang perkembangan mengenai program Muzikal Lawak Superstar 2019 boleh melayari lamansesawang www.gempak.com/muzikallawaksuperstar
Muzikal Lawak Superstar mulai 28 Jun 2019 Muzikal Lawak Superstar mulai 28 Jun 2019 Reviewed by Bawang on Monday, June 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.