Sinopsis Alergi Mamat Romantik (RTM)

Nantikan Drama terbaru adaptasi daripada novel berjudul Alergi Mamat Romantik yang akan bersiaran mulai 24 Mei 2020 setiap isnin hingga ahad jam 10 malam di saluran TV Okey RTM. Menampilkan pelakon Fadlan Hazim, Zara Zya, Aprena Menrose, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi. Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd di bawah arahan Harris Fadzillah.


PELAKON ALERGI MAMAT ROMANTIK
Fadlan Hazim, Zara Zya, Aprena Menrose, Syazwan Zulkifly, Jasper Supayah, Zera Hariz, Zalfazin, Puteri Khareeza, Sazri Naizul


SINOPSIS ALERGI MAMAT ROMANTIK
Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria.


* Bukan kawan baik (pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik)
* Bukan lelaki romantik (lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan)

Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang lansung tak masuk akal.


Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ini adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena kejar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek 'Romantik' diterima tanpa rela. Tapi Kaisara lupa cinta itu tiada pagar. 
Sinopsis Alergi Mamat Romantik (RTM) Sinopsis Alergi Mamat Romantik (RTM) Reviewed by Bawang on Saturday, June 29, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.