Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)

Saksikan Drama Setelah Terlafaznya Akad di Slot MegaDrama Astro Ria mulai 17 Jun 2019 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. Menampilkan pelakon hebat Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi dan ramai lagi. Drama berepisod 28 merupakan terbitan Juita Viden Production Sdn Bhd di bawah arahan Micheal Ang. 


PELAKON SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari


SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Hanan (Kamal Adli) yang telah dipaksa berkahwin dengan Nawal (Uqasha Senrose) setelah bercerai dengan Hani. Atas ugutan ibunya, Wan Masitah mereka berkahwin. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka telah ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan hatinya terluka.

Setelah melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan menyedari yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya semula. 

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Pelbagai cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.
Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria) Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria) Reviewed by Bawang on Monday, June 03, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.