Biodata Hady Mirza Peserta Gegar Vaganza 2019

Pasti ramai yang tidak mengenali siapakah Hady Mirza ini. Hady Mirza mula popular kembali setelah sekian lama menyepi dalam dunia nyanyian. Terbaru Hady Mirza telah menyertai satu pertandingan nyanyian 'Gegar Vaganza 2019' yang kini telah memasuki minggu 2 konsert. Gegar Vaganza 2019 boleh ditonton pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria.


Hady Mirza merupakan anak kelahiran Singapura dan beliau memulakan kariernya dalam bidang nyangian sejak berusia 8 tahun. Hady mula aktif pada tahun 2006 setelah menyertai Singapura Idol Musim 2 sekaligus menjuarai pertandingan tersebut. Selain itu, Hady juga pernah dinobatkan sebagai Juara Asian Idol musim pertama. Bagi yang tidak mengenali Hady Mirza merupakan cucu kepada pelakon veteran Osman Zailani. 


BIODATA HADY MIRZA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai Hady Mirza:

Nama Sebenar : Muhammad Mirzahady Bin Amir
Nama Komersial : Hady Mirza
Umur : 39 Tahun
Tarikh Lahir : 28 Januari 1980
Asal : Singapura
Agama : Islam
Status : Berkahwin
Genre Muzik : Pop, R&B dan Soul
Kerjaya : Penyanyi
Pertandingan nyanyian : Singapore Idol (2016), Asian Idol dan Gegar Vaganza (2019)
Lagu Popular : Angkasa, Berserah dan Ku Tetap Kan Menunggu


Kredit foto : ig/hadymirzaofficial

Biodata Hady Mirza Peserta Gegar Vaganza 2019 Biodata Hady Mirza Peserta Gegar Vaganza 2019 Reviewed by Bawang on Tuesday, October 22, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.