Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku 2

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 adaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah bakal menemui anda bermula 2 Julai 2020 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Drama ini masih mengekalkan pelakon yang sama seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Faye Kusairi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Jaja Iliyes dan ramai lagi. 7 Hari Mencintaiku 2 akan disiarkan di Slot Akasia TV3 selama 33 episod. Sama-sama kita nantikan tayangan Drama 7 Hari Mencintaiku 2 di kaca tv anda. Sebelum tu jom tengok dulu sinopsis novel ini. 


SINOPSIS NOVEL 7 HARI MENCINTAIKU 2 

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. "Kebahagian abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi". Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. 

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato'Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.


"Dosa tu bukan datang dari mama. Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!" 

Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana. "Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!". 

Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. 

"Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan". Helmi cuba menyedarkan emaknya. 

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

"Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!". 

Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya."Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi". Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 hari mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang.Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata. 

REVIEW NOVEL 7 HARI MENCINTAIKU 2 

7 hari mencintaiku 2... Khuzairi dan Mia ariana. Siapa tak ingat kisah cinta mereka yang penuh onak dan duri ditambah lagi dengan tanpa restu ibu dan mertua sendiri. 


Dalam novel 7 hari mencintaiku 2 ini sekali lagi mereka diuji. Semuanya bermula dengan Nadia, adik Khuzairi yang memutuskan pertunangan dengan Zaidi kerana mempunya orang lain. 

Tanpa Nurul sedari sebenarnya itu adalah helah dan muslihat ibu Mia Ariana yang ingin memusnahkan kehidupan keluarga Pak Samad dan Mak Leha. 

Bukan hanya tetapi juga dengan perkahwinan adik ipar nya Helmi dengan Sofi sepupu Mia sendiri dan tidak juga ketinggalan dengan keluarga bahagia Mia dengan hasutan daripada ibu nya. 

Kemunculan Nurul anak angkat kepada Umi Radziah akhirnya menyebabkan konflik bermula. Sekali lagi Mia dibenci Ibu mertuanya sendiri. Sekali lagi Mak Leha mencari calon isteri untuk Khuzairi dan sekali lagi ianya berlaku ketika Mia sedang mengandungkan anak kedua mereka ditambah lagi dengan dendam Syakilla akhirnya semuanya bertambah hancur.

Ditambah lagi rasa benci itu bukan hanya untuk Mak Leha tetapi Pak Samad. Puan Hayati menuduh Pak Samad cuba menodainya namun Pak Samad tetap sayangkan Mia. Kehadiran Nurul yang selalu ke rumah dan makin rapat dengan mak leha akhirnya menjerat kehidupan Khuzairi. 

Apabila Mia melarikan diri dan satu pergaduhan terjadi yang mana akhirnya Khuzairi menerima Nurul menjadi calon isterinya dan Mia disyaratkan ada di hari pernikahan tersebut. 

Mia pula sudah menerima apa yang ditakdirkan. Dia bersetuju dan akan pergi meninggalkan Khuzairi di hari pernikahan tanpa membawa anak2nya. Kerana bagi Mia, Khuzairi hanya terpaksa bersama dengan dia demi anak. 


Namun sebaliknya yang berlaku. Dalam tempoh menunggu hari pernikahan Mak Leha seakan dihimpit bersalah apabila suatu terjadi dan Mia adalah penyelamat. Nurul pula bukan seperti yang diharapkan. Seluruh keluarga semakin kasihan dan semakin sayang terhadap Mia. 

Mampukah mereka bertahan atau pun NUrul adalah orang yang benar2 boleh membahagiakan Khuzairi. Dan adakah Doktor Adam yang selayaknya membahagiakan Mia. 

Haa korang kena la baca sendiri untuk tahu keseluruhan cerita. Tapi untuk novel ini rasanya agak tebal dan ada part yang berulang-ulang tapi keseluruhannya tetap best. Novel ni juga masih mengekalkan jalan cerita yang sama dan tidak banyak bezanya serta berjaya menghidupkan nilai kekeluargaan.

SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.

Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.

Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain.



Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi. Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.


Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Reviewed by Bawang on Monday, July 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.