Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Jangan lupa menyaksikan program lawak realiti 'Maharaja Lawak Mega 2019' yang akan bersiaran mulai 1 November 2019 pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam selama 11 minggu. Maharaja Lawak Mega akan berlintas secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam serta dapat ditonton menerusi Astro Warna dan Warna Hd, Astro GO dan On Demand. 


Seperti kebiasaan, MLM 2019 akan dihoskan oleh pengacara tetap iaitu Dato AC Mizal serta 4 juri tetap yang akan diumumkan pada minggu pertama. Format pemarkahan kekal, 70% pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri tetap manakala 30% daripada undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan juga di lawan sesawang www.gempak.com/maharajalawakmega. 


Sedia maklum, juara MLM 2019 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 manakala naib juara, RM250,000, tempat ketiga RM150,000, tempat keempat RM50,000 dan tempat kelima RM15,000 berserta trofi.

PESERTA MAHARAJALAWAK MEGA 2019 
Berikut dikongsikan senarai 14 peserta Maharaja Lawak Mega 2019 yang terdiri daripada peserta solo dan berkumpulan: 

Peserta Solo
1. Rahmat (Peserta Indonesia) 
2. Popon (Peserta Indonesia) 

Peserta Kumpulan 
1. J-Born (Joey, Khir Rahman, Vicha) 
2. Stone (Mamat Sepah, Azlee Senario, Acong) 
3. Zero (Atu, Sharif, Syaiful) 
4. Bocey (Abam, Fad, Achey) 
5. Jambus (Tauke Jambu, Tapai Kiut) 
6. Puteh (Ali, Mamak, Man Raja Lawak) 
7. Rare (Ropie, Ajak Shiro, Ilya Sepahtu) 
8. Rojak (Rahim Sepahtu, Bell Ngasri, Chiwan Chilok) 
9. Cali (Khai, Tonny) 
10. OnXon 
11. Halus
Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019 Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019 Reviewed by Bawang on Thursday, October 31, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.