Novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya telah diangkat untuk drama bersiri Slot Akasia TV3 yang dijangka akan bersiaran mulai awal tahun 2020. Drama Seadanya aku akan menampilkan pelakon Azlee Khairi, Zara Zya, Elvina Mohamed dan ramai lagi. Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.
ARTIKEL BERKAITAN : Sinopsis Drama Seadanya Aku Lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya

SINOPSIS NOVEL SEADANYA AKU
Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.
“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” - TAUFIK
Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul.
Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu. Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.
“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”- ZARUL
Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.
“Abang bukan hak Faye dari mula. Abang hak Wina. Faye tak mahu rampas abang daripada kawan baik Faye sendiri.”- AUFIYA
Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.
“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Faye bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”- ZARUL
Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.
Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Aufiya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?
Aufiya memejamkan matanya rapat-rapat. Terasa seolah-olah dirinya seorang perempuan yang kejam. Lebih teruk, lelaki yang menjadi suaminya sekarang, bukan sahaja tunang Wina, malah sahabat baik kepada bekas tunangnya, Taufik. Dia terasa seolah-olah dia meletakkan Zarul dalam situasi yang sukar.

Dia yang bertanggungjawab menghumbankan Zarul ke dalam gaung yang dalam. Gelisah memikirkan risiko yang terpaksa Zarul hadapi selepas ini. Pengorbanan Zarul yang bakal memakan dirinya sendiri.
“Fiya…” tiba-tiba namanya dipanggil seseorang. Aufiya mengangkat muka. Matanya bertembung pandang dengan mata Zarul. Bila masa pula Zarul sudah berada di depannya? Aduh! Banyak sangat perkara yang difikirkannya, sehingga apa yang berlaku di sekelilingnya sudah tidak dia hiraukan.
Matanya masih tidak lepas memandang Zarul yang segak berbaju Melayu berwarna putih. Baju yang dipinjam daripada abang ngahnya. Mujurlah muat-muat sahaja dengan tubuh Zarul. Jika tidak, harus hari ini Zarul memakai T-shirt dan jeans sahaja sewaktu berjabat tangan dengan jurunikah tadi.
“Suami nak sarung cincin tu. Hulurkan tangan Fiya...
” Suara Kak Fetty, mak andam yang diupah oleh Puan Salma kedengaran lagi memberikan arahan. Teragak-agak Aufiya mahu menghulurkan tangannya ke depan.
Zarul mencabut cincin yang berada pada jari manisnya. Cincin suasa dihiasi permata berwarna biru. Perlahan tangan Aufiya disentuhnya. Matanya merenung lembut mata wanita yang secara rasminya sudah menjadi isterinya yang sah.
Jari manis Aufiya dipegang, lalu cincin yang tadinya berada pada jari manisnya sudah bertukar tuan.
Aufiya tunduk, mencium tangan Zarul. Ada air mata yang melekat pada belakang tapak tangan lelaki itu. Zarul menarik kepala Aufiya rapat kepadanya. Dahi isterinya dicium lembut.
“Maaf. Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.” Bisik Zarul, hampir pada telinga Aufiya yang dibaluti tudung dan veil yang berwarna putih.
SINOPSIS DRAMA SEADANYA AKU
Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.
Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya.
Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.
Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik.
Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.
Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.
Sinopsis Novel Seadanya Aku
Reviewed by Bawang
on
Sunday, October 20, 2019
Rating:
No comments: