Biodata Harris Annuar Pelakon Drama TQ Captain

Siapakah Harris Annuar? Harris Annuar atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar merupakan seorang pelakon dan model. Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 2017/18 dan memenangi tempat ketiga.

Harris Annuar adalah adik kepada pengacara TV popular iaitu Nadia Shahrul Annuar dan anak kepada jutawan kosmetik popular, Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan Kak Ton. Harris juga merupakan sepupu kepada usahawan, pelakon, pengacara dan model popular, Neelofar.

Terkini, Harris Annuar telah diberi peluang menggalas salah satu watak dalam drama terbaru di Slot Megadrama Astro Ria berjudul 'TQ Captain'. Dalam drama ini Harris akan bergandingan bersama pelakon popular yang lain iaitu Mawar Rashid, Hisyam Hamid, Tomok, Mark Adam, Natrah Khalid, Raf Yaakob dan ramai lagi. Drama TQ Captain akan menemui penonton mulai 9 Disember 2019 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.

BIODATA HARRIS ANNUAR
Berikut dikongsikan maklumat latar belakang Harris Annuar:

Nama Sebenar : Mohammad Harris Shahrul Annuar
Nama Popular : Harris Annuar
Umur : 26 tahun (2019)
Tarikh Lahir : 14 Mei 1993
Asal : Selangor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Kerjaya : Pelakon, Model dan Pengacara
Tahun Aktif : 2017 - Kini
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina
Saudara : Zaiton Hassan (Ibu), Nadia Annuar (Kakak), Neelofa (Sepupu) 
Drama : Jangan Padam Rindu (2018), Isteri Bukan Untuk Disewa (2018), Lelaki Kiriman Tuhan (2018), TQ Captain (2019)
Pencapaian : Tampat Ketiga dalam Pencarian Hero Remaja 2017/18
Instagram : harrisannuar

FOTO HARRIS ANNUAR




Biodata Harris Annuar Pelakon Drama TQ Captain Biodata Harris Annuar Pelakon Drama TQ Captain Reviewed by Bawang on Wednesday, November 27, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.