Biodata Natrah Khalid Pelakon TQ Captain

Siapakah gadis cantik bernama Natrah Khalid? Natrah Khalid atau nama sebenarnya Saidatunal Natrah binti Khalid merupakan salah seorang yang memegang watak dalam drama terbaru di slot megadrama astro ria berjudul TQ Captain bergandingan bersama pelakon lain ssperti Mawar Rashid, Hisyam Hamid, Tomok, Mark Adam, Raf Yaakob dan ramai lagi. Drama TQ Captain merupakan drama yang diinspirasikan daripada Novel TQ Kapten dimana akan memulakan siarannya pada 9 November 2019 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.

Natrah memulakan langkah kariernya setelah menyertai dan menjadi finalis Dewi Remaja 2014/2015. Setelah tamat Dewi Remaja, Natrah telah menjadi model dan pereka fesyen. Pada tahun 2018, beliau telah diberi salah satu watak dalam Drama Seribu Rindu bergandingan bersama Zul Ariffin dan Azira Shafinaz.

BIODATA NATRAH KHALID
Berikut dikongsikan maklumat mengenai latar belakang Natrah Khalid:

Nama Sebenar : Saidatunal Natrah binti Khalid
Nama Komersial : Natrah Khalid
Umur : 26 tahun (2019)
Tarikh Lahir : 12 Julai 1993
Asal : Pasir Gudang, Johor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Pendidikan : Diploma in Hospitality and Tourism di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU)
Karier : Model, Pelakon dan Pereka Fesyen
Tahun Aktif : 2015 - Kini
Drama : Seribu Rindu dan TQ Captain
Telefilem : DM Hati Awak
Hobi : Kumpul Koleksi Kasut
Instagram : natrahouhlala_khalid

FOTO NATRAH KHALID





    Kredit foto : ig/natrahkhalid

Biodata Natrah Khalid Pelakon TQ Captain Biodata Natrah Khalid Pelakon TQ Captain Reviewed by Bawang on Saturday, November 23, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.