Sinopsis Novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Akan datang tidak lama lagi drama adaptasi daripada Novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis karya Aulia Iman yang akan disiarkan pada bulan Disember 2019 di Slot Drama Vaganza Astro Ria. Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis akan menampilkan gandingan pelakon seperti Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusof Bahrain, Elly Mazlein, Harun Hashim, Azri Iskandar, Catriona Rose, Reza Hasbi, Norlia Ghani dan ramai lagi. Jom baca sinopsis novel terlebih dahulu!. 


NOVEL PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS

BLURB
Cinta? Dia datang tanpa diundang, dan perginya juga tanpa dipinta. Di mana sahaja cinta itu hadir, waktu dan ketikanya tidak pernah menjadi halangan. Begitu juga dengan cinta pandang pertama Kris Al-Hadi. Cintanya berputik saat terpandang gadis berpakaian penjara. Comel dan anggun. Tapi sayang, cik gadis yang diminati sedang menanti hari perbicaraan.

“Saya nak awak tahu, dari hari pertama saya lihat awak dengan pakaian penjara, hati saya sudah terdetik untuk ambil awak sebagai isteri. Saya sayangkan awak.”~ Kris Al-Hadi

“Kalau awak betul-betul sayangkan saya, buktikan rasa sayang awak tu pada saya.”~ Salsabila

Yang menjadi masalah, gadis tersebut terhumban ke penjara kerana perbuatan manusia yang iri hati. Mujur ada dia yang sudi menjadi hero dan penyelamat. Dan kerana sikap gentleman tersebut, ada cinta lain datang dan mendekat. Tapi sayang, cinta itu cinta terlarang. Mana mungkin untuk dia menyambut cinta dari kekasih abang sendiri. Kerja gila namanya!

“Kalau you tak sihat.. biar I temankan you! I jaga you, dan you pula jaga I.” ~ Yasmin
“I cari pekerja untuk jaga akaun syarikat, bukan jaga I. Please, jauh sikit! I tak selesa, I panas.”~Kris Al-Hadi

Kerana cinta terlarang, ada yang menjadi korban. Hendak tak hendak, majlis perkahwinan yang diatur harus diteruskan dan hanya pengantinnya sahaja yang terpaksa ditukar ganti tanpa pengetahuan sesiapa.

“Jantan tak guna! Dengan tunang aku jugak kau nak buat perangai tak senonoh!”~Khairyl
“Sumpah demi Allah, aku tak buat semua tu!”~Kris

Kris mencintai si gadis bernama Salsabila, apa pun terjadi Yasmin bukan pilihan hatinya. Sudahnya, pengantin lelaki terpaksa membuat pilihan yang dirasakan terlalu payah untuk diputuskan. Antara dua gadis, Salsabila dan juga Yasmin, siapakan yang bakal dipilih? Dan antara dua pengantin lelaki, Khairyl dan juga Kris, yang mana satukah menjadi pilihan cik gadis yang indah dengan busana pengantinnya. 


SINOPSIS NOVEL PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS
Kris Al-Hadi. Amboi nama moden sangat. Adik beradiknya nama biasa jer. Seorang anak yang manja, banyak kerenah, malas mandi dan segala keputusan untuk dirinya semua ditentukan oleh ibunya. Disebabkan itu timbul rasa tidak senang hati di kalangan abang-abang dan kakaknya. Setelah dikritik teruk oleh along dan angahnya menyebabkan dia menerima arahan babahnya untuk bekerja di ladang itik dan duduk jauh dari keluarga.

Mulanya sampai Kris di sana, dia di anggap sebagai pekerja indonesia yang baru lapor kerja. Kris terfikir betapa buruknya penampilan dirinya. Dan tambah lagi teguran Salsabila, seorang anak gadis, anak pada salah seorang pekerjanya buat dia berfikir untuk berubah. Perkenalan dengan Salsabila ketika itu Salsa telah ditahan atas tuduhan memecah amanah. Tanpa disangka Kris yang membantu supaya Salsa tidak dikenakan apa-apa tindakan dengan memasang peguam.

Tiba-tiba, muncul si ulat bulu, Yasmin. Permintaan Kris pada babahnya supaya menghantar orang untuk membantunya dalam menguruskan kewangan syarikat. Yasmin adalah tunang pada angahnya. Yang buat Kris terkejut apabila Yasmin terang-terang menggodanya. Salsabila pula selepas dilepaskan kerana pertuduhan tersebut tiada bukti kukuh dan meragukan telah diambil bekerja dengan menjaga bahagian pemasaran. Rupanya Yasmin dan Salsa mengenali antara satu sama lain. Yasmin amat tergoda dengan Kris dan sering mengambil kesempatan mahu bersama Kris. Ini membuatkan Kris menjadi rimas tetapi terpaksa sabarkan diri disebabkan Yasmin tunang Angah. 

Pada suatu hari, Yasmin dan Kris telah dijumpai berdua-duaan oleh dua orang abangnya sendiri. Angah bagai dirasuk memukul dan menghentam Kris membuatkan Kris mengalah dan merengkok di rumah Pak Ali iaitu bapa kepada Salsabila. Pak ali yakin Kris tidak bersalah apbila Kris dituduh berzina dengan bakal kakak ipar sendiri. Dia di paksa berkahwin oleh ayahnya dengan Yasmin dengan alasan dia yang menebuk Yasmin. Bila Kris berkeras tidak bersetuju kerana dia tahu dia tidak bersalah membuatkan babahnya aturkan syarat lain Apa syarat itu?. Apa yang membuatkan Kris terkilan yang amat sangat?. Yasmin atau Salsabila?. Yang mana satu cik gadis itu?. takyah tertanya-tanya, ni nak bagitau. 

Kris ditipu, begitu juga dengan Salsabila. Dua pasangan pengantin tetapi memeranjatkan yang Angahnya pula mahu mengambil tempat di sisi Salsa dan Yasmin tetap di tuju pada Kris. Ini menyebabkan Kris marah, geram, terkilan dengan adik-beradiknya. Cuma Khair abangnya yang ketiga bersikap rasional dan tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma akan sentiasa menyokong siapa di landasan yang benar. Babahnya amat marah bila majlis perkahwinan terganggu dengan sikap Kris. Dia membuang Kris dari keluarga dan mengharamkan Kris pijak dirumahnya itu lagi. Kris menghilangkan diri. ke mana dia pergi?. Tindakan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara.
Sinopsis Novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Sinopsis Novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Reviewed by Bawang on Tuesday, November 26, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.