Biodata Alya Iman Pelakon Drama Bukan Kahwin Paksa

Siapakah Alya Iman? Alya Iman atau nama sebenar Nur Alya Iman Binti Azmil merupakah pelakon baru yang sedang meningkat naik dalam dunia hiburan. Alya Iman merupakan anak pelakon popular sekitar tahun 80-an iaitu Azmil Mustapha. Ayahnya pernah popular menerusi Filem Ali Setan. 

ARTIKEL BERKAITANSinopsis Novel Bukan Kahwin Paksa

Alya mula dikenali setelah memegang salah satu watak dalam Telefilem Lelaki Kelas Sebelah yang disiarkan di TV3 pada Januari 2019. Selain berlakon, Alya juga melibatkan diri dalam dunia permodelan  semenjak usia 13 tahun lagi dan kerapkali menjadi model peragaan untuk butik-butik muslimah tempatan. 


Terkini, Alya Iman telah menggalas salah satu watak dalam drama terbaru di Slot Lestary TV3 berjudul Bukan Kahwin Paksa bergandingan bersama pelakon seperti Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Qistina Khaled, Liza Abdullah, Ziela Jalil dan ramai lagi. Drama Bukan Kahwin Paksa merupakan adaptasi daripada novel karya Syamnuriezmil yang akan disiarkan tidak lama lagi.

BIODATA ALYA IMAN
Berikut dikongsikan maklumat mengenai biodata artis ini.

Nama Sebenar : Nur Alya Iman Binti Azmil
Nama Panggilan : Alyimn
Nama Komersial : Alya Iman
Ibu Bapa : Azmil Mustapha (Pelakon) 
Umur : 18 tahun (2019)
Tahun Lahir : 2001
Asal : Selangor
Agama : Islam
Kerjaya : Pelakon dan Model
Tahun Aktif : 2018 - sekarang
Drama : Senafas Rindu (2019), Bukan Kahwin Paksa (2019)
Telefilem : Lelaki Kelas Sebelah (2019)
Instagram : instagram/alyimn

FOTO ALYA IMAN






Biodata Alya Iman Pelakon Drama Bukan Kahwin Paksa Biodata Alya Iman Pelakon Drama Bukan Kahwin Paksa Reviewed by Bawang on Friday, December 27, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.