Sinopsis Novel Di Hujung Ranting

Akan datang drama terbaru adaptasi daripada Novel Di Hujung Ranting karya Indah Khairani yang akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan mulai 24 April 2020 jam 5.30 petang setiap hari isnin hingga ahad di Slot Selekta Prima TV2. Drama Di Hujung Ranting akan dibintangi oleh Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohd, Khalida Balqis, Silfeny Osman dan ramai lagi. Drama ini akan bersiaran selama 30 episod dibawah arahan Along Kamarudin dan terbitan A. Aida Production Sdn Bhd.


NOVEL DI HUJUNG RANTING

BLURB
Dua insan dan dua isteri yg berbeza. Mawardah penuh dgn kelembutan, tidak melawan dan sentiasa akur. Fatin penuh kemanjaan, sentiasa ingn menang dan menguasai dan agak kasar sikapnya. Namun, kedua-duanya dicintai. Apakah aku silap mencintai dua wanita dlm satu masa? - Hakim

Dan bermula dari saat itu luka-lukanya semakin berdarah. Dia seakan mendendami hidup. Kesengsaraan itu membuat dia sedar bahawa dia tidak sempat mencintai Mawardah. Cinta yg belum sempat diungkap. Lantas da menyimpannya kembali jauh di dasar hati. Dan melihat kesengsaraan yg dilalui oleh Mawardah membuat dia menderita. Dia tidak rela Mawardah diperlakukan Hakim sedemikian. - Amar

Betapa kaku hati seorg Hakim bin Dato' Hashim ini. Tidakah dia mengerti bahawa luka seorg isteri bernama Mawardah ini? Kalau kau dapat melihat apa yg ada dlm hatiku, kau akan lihat luka yg telha kau calr-calarkan ini. - Mawardah.

Rasa hiba memenuhi ruang dadanya. Hanya Allah yg mengetahui apa yg dirasakan saat itu. Selesai mengaminkan doa, menangis di ribaan Hakim. Pertama kali dlm hidupnya dia rasa terlalu kecil dan hina. Dlm waktu yg sama ras berdosa dan bersalah mendesak di dada. - Fatin.
-------------
Saya 'lahirkan' Mawardah dlm rupa dan jiwa yg tulus. Menjadi lambang ketabahan seorang insan bergelar isteri yg sarat dgn cinta dan kemaafan. TIdak pernah menyakiti sekali pun dia disakiti. Kita akan tersenyum di saat dia tersenyum dan kita akan menagis di saat dia menangis. Di saat dia hilang, kita ikut mencari dan menyusurnya. Dia menjadi kekuatan dalam Di Hujung Ranting.
- Indah Hairani-

SINOPSIS NOVEL DI HUJUNG RANTING



Mengisahkan tentang Mawardah, gadis yang kaya dengan sifat penyabar, santun dan penuh kelembutan gadis melayu. Mawardah dibesarkan oleh emak saudaranya di perkampungan Terengganu. Perkenalan secara tidak sengaja dengan Amar membuatkan hati lelaki itu berbunga. Tapi Amar tidak meluahkannya.

Tanpa disangka Mawardah dipinang oleh abang Amar. Ketika itu abang Amar, Hakim dipaksa menikahi Mawardah setelah bercerai dengan isterinya, Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim sememangnya tidak direstui oleh keluarga namun kerana cinta keluarganya menurut sahaja. Pada malam pertama, Mawardah sudah ditinggalkan sang suami kerana menjenguk bekas isteri yang kononnya dirompak. Padahal itu hanyalah lakonan semata-mata.

Hancur luluh hati Amar apabila mengetahui Hakim mempersiakan Mawardah dan membiarkan gadis pujaannya itu menderita. Apabila Fatin kehilangan anaknya dan berpura-pura meroyan, Mawardah ditinggalkan Hakim dengan alasan Fatin lebih memerlukannya. Mawardah yang sarat ketika itu hanya sabar dan langsung tidak membantah.

Kelahiran Amar Hakimi juga disambut dingin oleh Hakim ketika itu berada di luar negara kerana membawa Fatin bagi menghilangkan penyakitnya. Semua itu hanyalah alasan semata-mata. Hanya Amar tempat bergantung. Dia lakukan semua itu bersebab demi orang yang dia sayang dan juga anak saudsranya. 

Apabila Hakim pulang ke tanah air, dia tidak dapat menjejaki Mawardah kerana tiada seorang pun tahu ke mana Mawardah pergi. Mawardah telah pergi membawa diri setelah menerima sms dari Hakim yang ditaip oleh Fatin tanpa pengetahuan Hakim di mana Mawardah tidak perlu menunggunya lagi kerana dia bebaskan Mawardah.

SINOPSIS NOVEL DI HUJUNG RANTING 2



Sambungan daripada novel yang lepas, Mawar kembali semula kepada Hakim. Itupun setelah dipujuk oleh ibu saudaranya. Tapi dalam hatinya. Dia pulang kerana anaknya, Amar Hakimi. Dia tidak mahu Amar Hakimi atau dipanggil Boboy membesar tanpa papanya. Dek kerana kecewa, Amar membawa diri ke German untuk menyambung pengajiannya di peringkat masters. Tapi sebelum dia berangkat ke luar negara, dia ada meluahkan perasaannya pada Mak Esah dan berpesan jika ada yang masih menganiyai Mawar kali ini dia tidak akan memaafkannya. 

Fatin pula saja menunjukkan kebaikan dengan tidak putus-putus menjejak Mawar supaya orang nampak dia sudah berubah. Akhirnya Mawar kembali ke pangkuan Hakim ketika anaknya berusia 1 tahun. Tapi, seperti biasa hati Fatin penuh dengan kotoran berminyak yang tak mahu hilang-hilang. Dalam diam-diam dia telah sihirkan Mawar. 

Habis tubuh Mawar gatal-gatal dan penuh dengan kudis yang berbisa dan bernanah. Tidak puas dengan itu, anak Mawar pula di hasut untuk membenci Mawar. Fatin sebenarnya sudah jatuh sayang kepada Amar Hakimi kerana dia sudah menganggap Amar Hakimi sebagai anaknya. Sakit Mawar berlarutan sehingga 3 tahun dan tidak pernah sembuh. 

Hati Fatin makin sakit bila Hakim tidak langsung meninggalkan Mawar. Walaupun layanannya sudah kurang, jarang balik ke rumah Mawar tapi tetap setia di sisi Mawar. Dan akhir sekali, Fatin memfitnah Mawar dengan mengambil gambar Mawar bersama lelaki lain. apa lagi, mengamuklah Hakim.

Hakim menceraikan Mawar. Pulanglah Mawar ke kampung halaman bersama Tanti dan Amar Hakimi. Ibu mertuanya turut membenci Amar Hakimi malah siap mencerca arwah ibu Mawar lagi.

Setelah tamat belajar, Amar pulang mencari Mawar dan terus melamar Mawar. Tetapi lamaran itu telah ditolak. Amar merajuk dan dia  berkata kepada Mawar tak akan berjumpa lagi di bumi Malaysia. Tanpa sedar Amar tidak tahu bahawa Mawar sudah mula menyukai Amar. Tap dengan keadaan dia yang masih berkudis dan ingatan terhadap apa yang keluarga Amar buat menghalang Mawar  untuk menerima Amar.

Pada suatu hari Mawar bermimipi, seorang tua datang kepadanya dan menyuruhnya mandi dengan air kelapa. Setelah 15 hari, akhirnya kudisnya hilang. Mawar membawa ibu saudaranya dan Amar Hakimi ke Mekah kerana memang niatnya ingin menjejakkan kaki ke sana sekiranya penyakitnya sudah sembuh.

Dan di situ jugalah mereka terserempak dengan Amar. dan di situ, sekali lagi Amar melamar Mawar. Mawar menerima. Tiba-tiba Mawar asyik teringatkan pada Fatin. Amar mengajak Mawar pulang ke KL disebabkan dia merasa sudah sampai masanya untuk memberitahu keluarganya mengenai pernikahan mereka.

Masa sampai di rumah, Amar meminta ampun daripada kedua orang tuanya begitu juga Mawar tapi masa ni, mereka menerima kedatangan Mawar sebagai bekas menantu. Setelah itu mereka masuk ke bilik Fatin. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Fatin. Badan Fatin ditumbuhi kudis seperti yang pernah terjadi pada Mawar dahulu. Dan di sisinya setia Hakim menjaganya.

Fatin meminta maaf kepada Mawar dan masa itu juga dia mengaku telah sihirkan Mawar, ajar anak Mawar untuk membenci diri Mawar. Semua orang terkejut terutamanya Hakim. dan masa tu jugak si Fatin ajak bermadu sekali lagi. Mawar mendiamkan diri. Amar bertindak menyelamat keadaan dangan memeluk Mawar dan memperkenalkan Mawar sebagai isterinya. Tidak lama kemudian Fatin pun meninggal dunia. Mawar dan Amar hidup bahagia selamanya. 

SINOPSIS DRAMA DI HUJUNG RANTING
Di Hujung Ranting memaparkan konflik perhubungan kekeluargaan dan percintaan apabila Amar (Shukri Yahaya) jatuh cinta pada Mawardah (Nad Zainal), namun dipendam. Abang Amar, Hakim (Amar Asyraf) pula bercerai dengan Fatin (Dayang Areeda).

Semasa dalam idah, ibu Hakim iaitu Datin Fatimah (Fazlina Ahmad Daud) mengahwinkan Hakim dengan Mawardah.

Malangnya, Fatin yang licik, berjaya menggoda Hakim dan mereka rujuk kembali. Akhirnya, Mawardah menjadi isteri kedua yang diabaikan kerana Fatin menjadi dalang penderitaan Mawardah.

Hanya Amar yang sentiasa menyokong Mawardah. 
Sinopsis Novel Di Hujung Ranting Sinopsis Novel Di Hujung Ranting Reviewed by Bawang on Wednesday, December 04, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.