Sinopsis Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami Karya Syamnuriezmil

Akan datang di slot megadrama Astro Ria, Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami adaptasi novel karya Syamnuriezmil yang telah diterbitkan pada tahun 2017. Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami akan dibintangi oleh Alvin Chong, Emma Maembong, Fizz Fairuz, Isyariana, Fatimah Noryyah dan ramai lagi. 


SINOPSIS NOVEL TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

BLURB
Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan 'Aun Adwa'. Dia tidak pernah membayangkan yang suatu hari nanti, apabila dia terjaga daripada tidur, mami dan papanya akan berpisah. Pada mulanya, Addie tak kesah. Nak buat macam mana, jodoh tak ada. Tapi... Setelah hampir enam bulan Addie terpaksa berpindah-randah macam orang nomad... Dia mula naik angin!


"Alamakkk... Addie tertinggal buku BM kat rumah mami!"

"Kan papa kata, sebelum pergi, tengoklah habis-habis."

"Aduhhh... Mami, baju sukan kat rumah papa!"


"Clumsylah you... Sekarang mami dah kena buat dua kerja! Mami kena pi meeting ni, urgent pula! Pakai baju kosong sudahlah, cakap kat cikgu baju sukan tak dan kering!"

Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya terjun ke gaung. Mami dan papa memang tidak boleh bersama lagi.

Tanda tanya Addie mula timbul apabila Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku, muncul dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia. Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.

Masalahnya, pelbagai rancangan yang Addie, papa dan Cikgu Ku buat untuk cuba menyatukan mami dengan Cikgu Ku... Mami tak layan sehinggalah papa terpaksa menggunakan cara terakhir yang membongkar satu rahsia.

"Papa nak suruh mami kahwin dengan Uncle Haha sebab papa dah nak mati ke? Tell me this is wrong papa! Tell me this is all wrong!!!"

"This is the truth, princess..."

Teori Mikaela, kawan baik Addie mengatakan yang papanya itu sakit dan sanggup membuat rancangan yang pelik-pelik, ternyata betul. Masalahnya... Mampukah Addie sempurnakan cerita maminya dengan orang lain selain papanya sendiri? Mahukah mami sempurnakan ceritanya seperti kehendak Addie? Atau mami lebih mementingkan hatinya sendiri?

SINOPSIS NOVEL TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI
Penceraian kedua ibu bapa Addie sedikit sebanyak mengganggu hidup Addie yang selama ini bahagia ja. Maka, bermula lah rancangan untuk menyatukan kembali papa dan mami nya. Namun, kemunculan uncle papa/Cikgu Ku/Uncle Haha yang pernah menjaga Addie sejak kecil dan kawan baik papa mami masa dekat London, mengubah rancangan Addie 360°, hendak satukan uncle papa dengan mami pulak! Dan papa pun join the plan.. tapi last2 min papa tukar fikiran! so, sapa yang akan sempurnakan cerita mami ni?

Addie ni baru sepuluh tahun, tapi gaya dah mengalahkan orang besar dan busybody pulak pasal orang tua dia. Addie ni tak macam budak, tapi sebab ni dari sudut penceritaan Addie yang berumur 23 tahun, so ok la boleh diterima.

Papa pulak macam senang je nak bercerai. Lepas tu kejap nak kejap tak nak. Simple nye la ikatan perkahwinan tu kan, sebab sakit kanser suruh cerai kononnya tak mahu susahkan wife la ape la. So baik tak payah kahwin dari mula. 

Mami pun nampak sangat la macam tak ada pendirian atau memang dari dulu suka uncle papa tu, terpaksa je ikot cakap papa. Nak cerai, cerai.. suruh kahwin balik, kahwin.. Sakit hati pulak! ini kan hidup dia, so apa pun dia la kena fikir betul-betul.. lagi pun baru 6 bulan je cerai, bukan 6 tahun!

Dan, saya tak kesian pun dekat uncle papa yang dah lama suka kat mami tu. Sepatut nya takda rasa macam tu pun sebab mami tu bini orang kot! Nak tahu kesudahan kena la baca novel ni ye. 
Sinopsis Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami Karya Syamnuriezmil Sinopsis Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami Karya Syamnuriezmil Reviewed by Bawang on Saturday, December 28, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.