Sinopsis Drama I Love You Cikgu Lakonan Hanna Aqeela dan Sean Lee (Slot Widuri)

Jangan ketinggalan menyaksikan Drama I Love You Cikgu adaptasi daripada Novel Karya Imanisa Riana yang akan bersiaran mulai 3 Januari 2020 pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam di Slot Widuri TV1. Drama I Love You Cikgu dibintangi oleh Sean Lee, Hanna Aqeela, Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr dan ramai lagi.


DRAMA I LOVE YOU CIKGU
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 3 Januari 2020
Waktu : Jam 7 malam setiap Khamis - Ahad
Jumlah Episod : 13
Slot : Widuri TV1


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh  Fairuz Loy dan terbitan Screenworks International & Alternate Studio Sdn bhd

Pelakon
Sean Lee, Hanna Aqeela, Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Joyce Harn, Rashidah Jaafar, Janet Khoo , Lavin Seow, Taufiq Izmir

Watak Pelakon
Sean Lee sebagai Chan Chee Hong / Muhammad Nur Iman 
Hanna Aqeela sebagai Sara Raihana
Aidil Aziz sebagai Farid
Nisha Dirr sebagai Lina

Sinopsis Drama I Love You Cikgu
Mengisahkan tentang seorang murid lelaki yang telah jatuh cinta terhadap guru perempuan baru di sekolah. Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih terhadapnya.

Iman betul-betul berusaha untuk memikat Sara Raihana. Tetapi Sara Raihana hanya menganggap Iman sebagai pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Sara Raihana mula menjauhkan diri daripada Iman setelah hubungan mereka dilanda fitnah dan membuatkan dirinya malu. 

Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?
Sinopsis Drama I Love You Cikgu Lakonan Hanna Aqeela dan Sean Lee (Slot Widuri) Sinopsis Drama I Love You Cikgu Lakonan Hanna Aqeela dan Sean Lee (Slot Widuri) Reviewed by Bawang on Friday, January 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.