Sinopsis Novel Kau Perempuan Itu Karya Sri Sarah (Slot Widuri)

Akan datang drama adaptasi daripada Novel Kau Perempuan Itu karya Sri Sarah yang akan bersiaran mulai 25 Januari 2020 di slot widuri tv1. Drama Kau Perempuan Itu dibintangi oleh Liyana Jasmay, Ariff Aziz, Sheila Hassan, Neera Azizi, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Jom baca sinopsis novel Kau Perempuan Itu! 


NOVEL KAU PEREMPUAN ITU
Berikut dikongsikan sinopsis untuk novel ini

BLURB

Mengenali Arif Shah membuatkan hati Sarah kembali berdebar kencang selepas putus cinta dengan Ikram. Tatkala hati mula terpaut dengan kehadiran lelaki itu, hati Sarah kembali sakit apabila mendapat berita bahawa Arif Shah akan bertunang dengan Marliana.


Atas nasihat Tuan Ramlee dan Encik Sulaiman, Sarah berkahwin dengan Ari Aqashah, seorang lelaki yang sombong, bongkak dan ego. Tanpa diduga, selepas perkahwinan Sarah dengan Ari Aqashah, keluarga Sarah meninggalkannya dalam keadaan sangat menyedihkan. Dibenci suami dan ahli keluarga sendiri menjadikan Sarah keseorangan. Tidak pasti dengan perasaan sendiri dan pesanan-pesanan Arwah Encik Sulaiman menjadikan Sarah keliru apa yang harus dia lakukan.

Kehadiran Haikal mengelirukan Sarah. Siapa sebenarnya Haikal? Apakah sebenarnya hubungan Haikal dengan Sarah? Kesabaran hati seorang isteri sekali lagi diduga dengan kehadiran Tasha yang mahu menuntut cinta Ari Aqashah. Adakah masih ada ruang kemaafan dalam hati Ari Aqashah untuk bekas teman wanitanya?

Adakah sikap keras Ari Aqashah akan dibalas dengan sikap keras kepala Sarah atau sebaliknya? Bagaimanakah Sarah menangani masalah rumah tangga yang tidak habis - habis menguji kesabarannya?

“Aku sedar aku bukan pilihan hatimu tetapi, aku yakin dengan jalan cerita yang Allah aturkan untuk aku.”

SINOPSIS NOVEL KAU PEREMPUAN ITU


Mengisahkan tentang Sarah seorang graduan yang masih menganggur dan telah menerima berkerja sebagai pembantu rumah Tuan Ramlee dan Puan Khalisah atas nasihat ayahnya En Sulaiman dimana juga merupakan majikan ayahnya. Semasa bekerja di situ Sarah rapat dengan anak bongsu majikannya, Jihan. Jihan sangat menyukai Sarah dan ingin menjodohkan sarah dengan abang keduanya, Ari Aqashah. Tapi yang menjadi masalah hubungan Ari dengan Sarah tidak terlalu baik dan sering bergaduh sejak mula berjumpa lagi.


Ariff Shah merupakan anak sulung majikan Sarah dan bekerja sebagai doktor. Perkenalan singkat antara Ariff dan Sarah membuatkan Sarah jatuh cinta lagi setelah dikecewakan Ikram rakan seuniversitinya. Tetapi berita pertunangan Ariff Shah menyebabkan Sarah kecewa lagi dan tanpa Ariff sedari dia juga turut menyintai Sarah. Tambahan baru dia dapat tahu bahawa Sarah merupakan pembantu rumahnya yang selalu jihan sebutkan. Tetapi semuanya telah terlambat kerana Ariff sudah melamar kekasihnya, Marliana yang juga merupakan seorang doktor.

Atas arahan Puan Khalisah, Sarah diminta ke rumah Ari Aqashah untuk mengemas rumahnya. Ari merupakan seorang pilot jadi apabila dia outstation, Sarah akan ke rumah Ari untuk mengemas. Nak dijadikan cerita suatu hari macam biasa Sarah ke rumah Ari dan tanpa sedari Ari ada dalam rumah itu. So mereka berdua kena tangkap basah. Jadi salah faham masa ni sebab Puan Khalisah, Jihan serta ahli keluarga Sarah menganggap Sarah ingin memerangkap Ari. Sarah telah dibenci seluruh keluarga kecuali Tuan Ramlee yang masih mempercayainya dan akhirnya mereka disatukan juga.

Setelah Sarah dan Ari berkahwin, tiba-tiba keluarga Sarah terlibat dalam kemalangan dan semuanya meninggal dunia. Disebabkan benci, Ari tidak membenarkan Sarah pergi menziarahi keluarganya yang telah mati buat kali terakhir.

Tuan Ramlee juga kemalangan dan koma dan akhirnya mati. Tetapi sebelum meninggal dunia, Tuan Ramlee telah mewasiatkan Sarah menjadi pemegang saham terbesar syarikat iaitu sebanyak 20%. Saham tersebut akan dikembalikan semula kepada Puan Khalisah setelah Sarah mengandungkan anak Ari. Apalagi Puan Khalisah berpakat dengan Ari supaya Sarah cepat-cepat mengandung. Ari tidak sanggup dan rasa bersalah. Disebabkan itu jugalah Ari mula jatuh cinta kepada Sarah.

Muncul pula dugaan lain dimana ex-girfriend Ari, Tasha datang menganggu hubungan mereka. Sarah difitnah oleh Tasha mengandungkan anak Rizal. Rizal merupakan abang angkat Sarah merangkap boyfriend Jihan. Disebabkan ini Ari jadi kejam semula dan menyeksa Sarah.

Sarah keguguran setelah dibelasah teruk oleh Tasha. Lain pula Ari yang anggap Sarah sengaja gugurkan kandungan itu sebab mengandungkan anak Rizal. Tapi bila semuanya terbongkar, Ari dan keluarganya minta maaf dan menyesal dengan apa yang telah berlaku. HAPPY ENDING!. 
Sinopsis Novel Kau Perempuan Itu Karya Sri Sarah (Slot Widuri) Sinopsis Novel Kau Perempuan Itu Karya Sri Sarah (Slot Widuri) Reviewed by Bawang on Friday, January 24, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.