Sinopsis Drama Ironi Kasih Lakonan Aqasha dan Intan Najuwa (Slot Akasia)

Sinopsis Drama Ironi Kasih | Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Ironi Kasih yang akan disiarkan mulai 2 April 2020 di Slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Drama Ironi Kasih dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana, Fizz Fairuz dan ramai lagi. 


DRAMA IRONI KASIH
berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 2 April 2020
Waktu : Setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam
Jumlah Episod : 15
Slot : Akasia TV3


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan terbitan Wira Nusa Production Sdn Bhd

Pelakon
AqashaIntan Najuwa, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Afifah Nasir, Ramona Zamzam, Syafi Tee, Sarah Malisa DFKL, Fauziah Ahmad Daud, Nazia Mustafa

Watak Pelakon
Aqasha sebagai Johan
Intan Najuwa sebagai Kasih
Intan Ladyana sebagai Emilia
Isaac Iman sebagai Danish
Ramona Zamzam sebagai Suri Athirah
Afifah Nasir sebagai Maya

OST Ironi Lasih
Lagu : Sembah
Penyanyi : Naim Danial ft Man Keedal

Sinopsis Drama Ironi Kasih
Kisah ini bermula apabila Kasih yang kehilangan ibu dan kakaknya, Suri. Suri mati akibat kemalangan dan semasa itu dia mengandung. Kisah Suri mengandung menjadi bualan orang kampung sehinggakan ibu Kasih juga mati akibat serangan jantung. Padahal hakikatnya Suri mempunyai sejarah hitam. 

5 tahun berlalu, Kasih yang sudah tamat belajar diterima bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan. Selepas bekerja disitu beberapa bulan, Kasih telah ditawarkan untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik dan mereka menjadi semakin mesra. 

Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya? Adakah semua ini dirancang oleh Kasih? 
Sinopsis Drama Ironi Kasih Lakonan Aqasha dan Intan Najuwa (Slot Akasia) Sinopsis Drama Ironi Kasih Lakonan Aqasha dan Intan Najuwa (Slot Akasia) Reviewed by Bawang on Friday, April 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.