Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri (Slot Megadrama)

Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Pelindung Seorang Puteri adaptasi daripada Novel karya Mia Kiff yang akan bersiaran mulai 28 Julai 2020 jam 10.00 malam setiap Isnin hingga Khamis di Slot Megadrama Astro Ria. Drama Pelindung Seorang Puteri dibintangi oleh Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed dan ramai lagi. 


DRAMA PELINDUNG SEORANG PUTERI
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 28 Julai 2020
Waktu : Setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam
Jumlah Episod : 
Slot : Megadrama Astro Ria


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Yusry Abd Halim dan terbitan Suhan Movies & Trading

Pelakon
Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick, Zainol Macwilson

Watak Pelakon
Lisa Surihani sebagai Rose
Farid Kamil sebagai Saiful (Epul)
Sharnaaz Ahmad sebagai Hazril
Haleeda Mazlin sebagai Mak Ndak Liza
Haris Ismail sebagai Alif
Zain Hamid sebagai Firdaus (Fido)

Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri
Melihat kepada kesungguhan Saiful (Farid Kamil) yang ingin berkahwin, Rose (Lisa Surihani) menerima Saiful sebagai suami. Di sangkakan perkahwinan akan meniti bahagia namun masalah timbul apabila emak kepada Saiful masih menunjukkan sifat benci kepada Rose yang sebabnya masih tidak diketahui oleh Rose sendiri. 

Tidak dengan itu, sifat Saiful juga berubah menjadi aneh yang tidak disangka oleh Rose. Kehadiran Hazil (Sharnaz Ahmad) menjadi pelindung kepada Rose. Adakah Rose memilih untuk mempertahankan perkahwinannya bersama Saiful atau memilih untuk mengundurkan diri?
Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri (Slot Megadrama) Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri (Slot Megadrama) Reviewed by Bawang on Thursday, July 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.