10 Resepi Kerabu Mudah dan Sedap

10 Resepi Kerabu Mudah dan Sedap | Adakah anda peminat kerabu? Kerabu merupakan makanan kegemaran masyarakat kita kerana ia dapat membuatkan si pemakan lebih berselera. Selain itu, kerabu juga mudah disediakan. Kerabu boleh dihasilkan dengan pelbagai cara hasil gabungan ulam-ulaman, bawang, cili, limau dan lain-lain lagi. Jom lihat 10 jenis kerabu yang anda boleh buat sendiri dirumah. 


10 Resepi Kerabu 

1. Resepi kerabu mangga


Bahan-bahan :

2 biji mangga muda ( dihiris nipis)
Udang kering (ditumbuk kasar)
10 biji cili padi (dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 batang serai (dihiris nipis)
Garam dan gula
Kacang tumbuk

Cara penyediaan :

1) buah mangga muda dihiris nipis
2) kemudian masukkan kesemua bahan di dalam bekas dan gaul rata
3) masukkan gula dan garam secukup rasa dan gaul sebati

4) siap untuk dihidang

2. Resepi kerabu ikan bilis ranggup


Bahan-bahan:

Ikan bilis (digoreng garing)
6 biji limau kasturi (ambil jus)
1 biji bawang besar (dihiris)
8 biji cili padi (dihiris)
2 batang serai (dihiris)
5 helai daun limau purut (dhiris)
1 bji tomato (dipotong dadu)
Garam dan gula

Cara penyediaan :

1) gorengkan ikan bilis sehingga garing. Biar seketika sehingga sejuk
2) masukkan kesemua bahan hirisan di dalam mangkuk
3) masukkan jus limau, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati

3. Resepi kerabu daging


Bahan-bahan A :

500 g daging
3 biji limau nipis (ambil jus)
1 sudu besar serbuk lada hitam
3cm halia (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
Garam dan gula

Bahan hirisan :

2 biji bawang besar
6 biji cili padi
1 batang serai
Daun kesum
1 biji Bunga kantan
2 batang kacang panjang

Cara penyediaan :

1) rebus kesemua bahan A sehingga daging empuk
2) hiriskan daging nipis
3) masukkan kesemua bahan dalam mangkuk
4) masukkan garam, gula dan jus limau purut secukup rasa dan gaul sehingga sebati

4. Resepi Kerabu Sardin dengan Tomato




Bahan-bahan:

Sardin dalam tin (ambil ikan sahaja tanpa sos. Tak perlu tumis)

2 biji tomato
Bawang besar
Cili padi
Bunga kantan
Limau Nipis
Gula
Garam

Cara Penyediaan:

1) Sardin dilecek dan digaul dulu dengan asam limau. 


2) Hiris tomato, bawang besar, bunga kantan dan cili padi. Gabungkan semua bahan dan gaul rata. 



3) Perasakan dengan garam dan gula. Siap. 


5. Resepi Kerabu Tauge Kerang




Bahan-bahan: 


2 cawan tauge

5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah 
1/2 cawan udang kering 
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah 
jus limau nipis secukupnya 
sedikit belacan 
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa

*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas


Cara Penyediaan:


1) Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.


2) Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.


3) Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya. 


4) Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. 



5) Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.

6. Resepi Kerabu Belimbing Buluh




Bahan-bahan: 


2 ekor ikan kembung (rebus / kukus dan letak garam)

Asam belimbing (hiris nipis dan rendam dalam air garam untuk kurangkan masam) 
Cili padi (hiris nipis)
Bunga kantan (hiris nipis)
Bawang besar (hiris nipis)
Belacan - besar ibu jari

Cara Penyediaan:


1) Rebus atau kukus dulu ikan kembung. Masukkan sedikit garam dalam air rebusan


2) Asingkan isi ikan dengan tulang. Isi ikan diramas-ramas


3) Hiris halus belimbing buluh, cili padi, bunga kantan dan bawang besar. Campurkan semua dengan isi ikan dan gaul sebati


4) Masukkan belacan, perasakan dengan garam dan gula. Siap


7. Resepi Kerabu Bayam Brazil




Bahan-bahan:


Isi ikan kembung

Bayam brazil
Kelapa 
Cili padi
Hirisan bawang besar
Ikan bilis goreng
Sedikit belimbing buluh
Garam dan gula

Cara Penyediaan:

1) Rebus ikan. Asingkan isi ikan dengan tulang


2) Hiris halus bawang besar, cili padi dan belimbing buluh


3) Goreng dulu ikan bilis hingga garing


4) Campurkan isi ikan, bahan hirisan, kelapa, bayam brazil dan ikan bilis goreng. Gaul hingga sebati.


5) Perasakan dengan garam dan gula. Siap


8. Kerabu Pucuk Paku Kerang




Bahan-bahan:

250gm taugeh

500gm isi kerang
pucuk paku - celur 
sedikit belacan -tumbuk
2 biji cili merah -tumbuk
10 biji cili padi - boleh tambahkan atau kurangkan dan tumbuk
2 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar- hiris
2sb kerisik

Cara Penyediaan:


1) Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan hiris dan baha tumbuk dalam mangkuk, gaul hingga sebati.


2) perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati



3) Siap dan bolehlah dihidangkan

9. Kerabu Telur Masin




Bahan-bahan:


1 labu bawang besar potong halus

2 batang serai potong halus
1 biji tomato potong kecik
3 btg kacang panjang potong kecik
10 biji cili padi potong halus - boleh tambah atau kurangkan
10 biji limau kasturi perah ambik air
3 biji telur masin yg dah siap direbus
Sedikit garam dan gula.

Cara Penyediaan:


1) Gaul semua bahan-bahan kecuali telur masin sampai rata.


2) Telur masin belah dua korek dengan sudu kecik.


3) Masuk dalam bahan-bahan tadi. Gaul sebati dan perasakan


10. Resepi Kerabu Suun Kaki Ayam




Bahan-bahan:

suun (celur) 

udang / sotong (celur) 
kaki ayam (rebus) 
bawang putih (tumbuk) 
cili padi (tumbuk) 
udang kering (pilihan) 
limau nipis
gula / gula siam
serbuk perasa
nampla (sos ikan)
daun ketumbar
lobak merah (hiris) 
kobis (hiris) 
kacang panjang (hiris) 
tomato (hiris) 

Cara Penyediaan:


1) gaul kesemua bahan diatas dan seimbangkan rasa masam manis


10 Resepi Kerabu Mudah dan Sedap 10 Resepi Kerabu Mudah dan Sedap Reviewed by Bawang on Friday, April 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.