RESEPI ONDE ONDE KELEDEK | Pernahkan anda cuba resepi onde onde keledek? Kebiasaan yang kita makan adalah onde onde yang dibuat bersama tepung pulut dan air pandan tetapi kali ini kami kongsikan resepi onde onde yang dibuat daripada ubi keledek. Jom lihat resepi ini dan anda boleh mencubanya di rumah.
RESEPI ONDE ONDE KELEDEK
Bahan-Bahan
500g Ubi keledek (direbus)
1 cwn tepung pulut
1 cwn kelapa parut
Gula melaka (dipotong dadu)
Garam
Cara Penyediaan Onde Onde Keledek
1) Kukus ubi keledek sehingga empuk
2) Masukkan keledek dalam bekas dan lenyekkan sehingga hancur
3) Tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi lembut
4) Bulat-bulatkan doh dan masukkan gula melaka di bahagian tengah
5) Panaskan air di dalam periuk, masukkan doh yang telah siap dibulatkan
6) Tunggu sehingga masak. Setelah timbul angkat dan gaulkan bersama kelapa parut yang telah dicampur bersama sedikit garam
7) Siap untuk dihidang
**Kelapa wajib dikukus terlebih dahulu. Supaya kelapa lebih tahan lama dan tak mudah basi.
Resepi Onde Onde Keledek
Reviewed by Bawang
on
Tuesday, April 28, 2020
Rating:
No comments: