Sinopsis Novel Sang Pewaris

Sinopsis Novel Sang Pewaris | Saksikan drama sang pewaris adaptasi daripada Novel Sang Pewaris karya Fizziany di slot lestary. Drama Sang Pewaris akan bersiaran mulai 19 November 2020 pada setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. Dibarisi pelakon hebat seperti Ben Amir, Amyra Rosli, Fad Anuar, Wan Sharmila, Zamarul Hisham, Fizz Fairuz, Ieda Moin, Acong dan ramai lagi.


NOVEL SANG PEWARIS

BLURB

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya, 

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!

2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!

3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!

4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya


SINOPSIS NOVEL SANG PEWARIS

Novel Sang Pawaris mengisahkan tentang Tunku Ali yang telah diculik sejak kecil dari kediaman bondanya. Dia kembali hidup bersama keluarga kandungnya setelah ditemui oleh pengurus keluarga diraja itu. Tunku Ali kembali sebagai Kudin yang menyamar sebagai tukang kebun untuk melihat sendiri penerimaan keluarga terhadap dirinya. Semasa penyamaran itulah pelbagai rahsia terbongkar.

Kehidupan Tunku Ali kemudiannya mula berubah setelah dia di ajar mengenai adat istiadat diraja dan urusan perniagaan keluarga. Namun cinta yang baru berputik dipendamkan sahaja kerana Zara milik Tunku Ameer pada masa itu. Dapatkah Tunku Ali bersama dengan Zara di akhirnya?
Sinopsis Novel Sang Pewaris Sinopsis Novel Sang Pewaris Reviewed by Bawang on Thursday, November 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.