Telefilem Apabila Terbit Fajar (Slot Cerekarama)

Saksikan Telefilem Apabila Terbit Fajar yang akan bersiaran pada 14 Disember 2019 jam 9.30 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem Apabila Terbit Fajar dibintangi oleh Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Ku Faridah dan ramai lagi. 


TELEFILEM APABILA TERBIT FAJAR
Berikut dikongsikan maklumat mengenai telefilem ini. 

Waktu Siaran
Telefilem Apabila Terbit Fajar akan disiarkan di slot cerekarama TV3 pada 14 Disember 2019 jam 9.30 malam

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Along Kamaludin dan terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd. 


TONTON TELEFILEM APABILA TERBIT FAJAR
Berikut dikongsikan video atau link telefilem ini. Sila klik link dibawah⬇️⬇️



LINK:

*Video atau link akan dikemaskini

Pelakon
Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Ku Fridah, Rania Humaira, Aisyah Kamaludin

Sinopsis Apabila Terbit Fajar
Mengisahkan Fiza (Elisya Sandha) berusia 17 tahun telah dirogol oleh Mahmud namun Fiza merahsiakan perkara tersebut dari ibu bapanya kerana Mahmud telah mengugut akan membunuh ibu bapa Fiza. Akibat itu, Fiza telah mengandung dan tetap berahsia tentang siapa yang telah merogolnya. 

Setelah anak Fiza lahir, mak dan ayah Fiza terpaksa menipu penduduk kampung yang cucu mereka itu adalah anak kedua mereka. Anak Fiza telah dinamakan sebagai Fajar (Rania Humaira). Setelah bersalin, Fiza dipaksa kembali semula ke sekolah bagi mengelakkan orang kampung berfikir bukan - bukan. Fajar yang masih kecil itu dilayan dengan teruk oleh ibu bapa Fiza dan membuatkan Fiza kecewa melihat anaknya dilayan sebegitu rupa.

Fiza ingin mengambil hati ayahnya semula dengan berazam untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM nanti. Namun Fiza hampa bila keputusan cemerlangnya dalam SPM itu tidak dihiraukan oleh ayahnya. Sebaliknya ayahnya menjadi marah apabila mengetahui yang Fiza ingin sambung belajar pula dan meninggalkan anaknya Fajar, ayahnya juga tidak mempercayai Fiza lagi setelah Fiza mengandung anak luar nikah. 

Fiza kemudiannya mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa anaknya sekali. Guru Fiza juga dah berjanji akan membantunya untuk membuat permohonan ke universiti sekaligus mendapatkan biasiswa. Selepas Fiza lari dari rumah, Fiza mendapat kerja sebagai cleaner di sebuah Motel dan Fiza juga dapat tinggal di Motel berkenaan. Namun owner Motel tersebut berniat tidak baik dan ingin menjual Fiza pada seorang lelaki. Fiza dapat melarikan diri dan kemudian dihalau keluar dari Motel berkenaan. Fiza dan Fajar terpaksa tidur di tepi jalan, tapi nasib baiklah ada seorang makcik di situ yang sudi menolong Fiza dan Fajar. 

Sejak dari itu Fiza dan Fajar menumpang di rumah makcik itu dan makcik itu juga sudah menganggap Fiza seperti anaknya. Walaubagaimanapun Fiza masih tidak memberitahu tentang status sebenar dirinya yang merupakan ibu Fajar pada anaknya itu. Sebaliknya Fajar menganggap Fiza sebagai kakaknya. Fiza juga berjaya menamatkan pelajarannya dan bekerja sementara di firma guaman. 

Semuanya mula berubah apabila kawan Fiza iaitu Suraya memberitahu Fiza mengenai kawan baik mereka Laila akan berkahwin dengan Mahmud tidak lama lagi. Fiza yang tidak mahu Laila berkahwin dengan perogol itu mula menceritakan perkara sebenar pada Suraya. Walaubagaimanapun Laila tidak mempercayai cerita Fiza dan akhirnya Fiza nekad untuk menuntut keadilan. Apa yang berlaku seterusnya?
Telefilem Apabila Terbit Fajar (Slot Cerekarama) Telefilem Apabila Terbit Fajar (Slot Cerekarama) Reviewed by Bawang on Saturday, December 14, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.