Sinopsis Novel Takdir Itu Milik Aku Lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam

Sinopsis Novel Takdir Itu Milik Aku Lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam | Nantikan drama terbaru 2024 adaptasi daripada Novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah yang akan disiarkan bermula 26 Februari 2024 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di slot megadrama astro ria. Novel Takdir Itu Milik Aku telah diterbitkan pada tahun 2012. Drama Takdir Itu Milik Aku dibarisi pelakon hebat antaranya Emma Maembong, Shaheizy Sam, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadon, Fauziah Nawi, Nasz Sally, Riz Amin, Duerra Matilda, Shakilla Khoriri, Mahmud Ali Bashah dan ramai lagi.

NOVEL TAKDIR ITU MILIK AKU


BLURB

Perlukah kau bertanya tentang hatiku
Sedangkan sejak itu kau telah tahu
Betapa ku kecewa oleh perbuatan
Yang tiba di luar jangkaan.

Ku rela diriku begini
Seperti karang di samudera sepi
Terluka atau mungkin melukai
Suratan menentukan insani.

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka

SINOPSIS NOVEL TAKDIR ITU MILIK AKU

Mengisahkan tentang Dian Zara yang telah kematian ibu dan menumpang kasih dengan neneknya tetapi masih mempunyai ayah dan ibu tiri, Mak Su. Dian juga sering di seksa oleh ibu saudaranya, Kamisah. Neneknya yang telah uzur bekerja sebagai orang gaji di sebuah banglo besar dan mewah untuk menampung kehidupan mereka. Disebabkan itu Dian bercita-cita untuk belajar hingga ke menara gading supaya hidup mereka berubah suatu hari nanti. 

Demi menyara keluarga nya, Dian membantu Mak Su untuk menjual nasi lemak dan kuah. Ayahnya sakit dan sudah tidak mampu untuk bekerja lagi. Hidup Dian bertambah derita apabila Mak Su sering menderanya demi sesuap nasi. 

Ketika itu Dian masih belajar di tingkatan enam dan terpaksa berhenti atas desakan Kamisah yang mahukan Dian menggantikan neneknya bekerja sebagai orang gaji. 

Kehadirannya sebagai orang gaji baru amat disenangi oleh Nek Tuk, tuan rumah banglo tetapi tidak pada menantunya, Datin Munirah dan cucunya, Zarif Adha. Ketamakan Datin Munirah untuk merebut harta mertuanya memaksa Zarif untuk berkahwin dan memberikan zuriat. Zarif yang tertekan telah berkahwin dengan Dian atas nasihat kawannya, Rahman demi zuriat semata-mata. 

Hidup Dian bertambah malang apabila bayi dalam kandungannya cacat dan suami pula tidak melayan dirinya dengan baik. Sering dihina dan diherdik manakala ibu mertuanya pula memaksa dia bekerja di butik dan hanya dibenarkan makan nasi bersama garam dan air paip untuk menghilangkan dahaga. Zarif kini sibuk bercinta dengan sepupu Rahman, Azura. 

Cukup tempoh, bayi yang dikandungnya lahir tetapi meninggal dunia. Kegiatan Zarif dan ibunya dapat dihidu oleh Nek Tuk dan segala harta yang telah diberikan ditarik semula.

Suatu hari, Zarif, Azura dan Datin Munirah telah terlibat dengan kemalangan menyebabkan dia tersedar dan menyesal atas perbuatannya sebelum ini. Dian yang terlampau tertekan telah hilang ingatan dan Zarif mengambil kesempatan itu untuk menebus segala kesilapan lalu. Dia cuba buat yang terbaik untuk isterinya. Dia juga bertindak memutuskan hubungannya dengan Azura.

Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup Dian dan Zarif? Adakah ingatan Dian kembali pulih dan dapat menerima semula Zarif sebagai suaminya? Cepat dapatkan novel ini untuk mengikuti keseluruhan jalan cerita.

DRAMA TAKDIR ITU MILIK AKU

Pelakon
Shaheizy Sam sebagai Tuan Zarif
Emma Maembong sebagai Dian Zara
Amar Baharin sebagai Zarif Adha
Jasmin Hamid sebagai Kamsiah
Liza Abdullah sebagai Datin Munirah
Fauziah Nawi sebagai Nek Tun Hasnah
Nasz Sally sebagai Maryam
Mustaqim Bahadon sebagai Arman
Riz Amin sebagai Rahman
Duerra Mitilda sebagai Elina
Sharifah Husna sebagai Azura
Shakilla Khoriri sebagai Adira
Sinopsis Novel Takdir Itu Milik Aku Lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam Sinopsis Novel Takdir Itu Milik Aku Lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam Reviewed by Bawang on Monday, February 12, 2024 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.