MASJID NURD KAMAL??? Pernahkah anda mendengar nama masjid ini. Pasti ramai yang tidak tahu kewujudan masjid ini kan disebabkan masjid ini terletak jauh di utara Rusia. Ok jom kita mengenali sejarah Masjid Nurd Kamal.
Seperti diketahui semua setiap masjid di dunia pasti mempunyai sejarah dan keistimewaan tersendiri. Seiring dengan kemajuan dunia dan peredaran zaman masjid telah menjadi daya penarik untuk para pelancong mengunjunginya berbanding zaman dahulu masjid hanya digunakan semata-mata untuk beribadah.
Di utara Rusia terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Nurd Kamal @ Nurd Kamal Mosque dimana terletak di Bandar Norlisk Rusia.
Masjid ini dikenali bukan atas sebab kemegahan bangunannya ataupun bentuk kaligrafinya namun turut dikenali kerana cuaca sejuk yang luar biasa. Untuk ke sana kita terpaksa menaiki pesawat penerbangan domestik dari Moscow dan tempoh penerbangan sekitar 3 jam. Norlisk merupakan sebuah kota yang terletak di Rusia dan terletak dalam lingkaran Artik dekat dengan kutub utara. Disebabkan itulah masjid ini dikenali masjid cuaca sejuk yang luar biasa. Suhu di kawasan tersebut boleh mencecah sehingga - 50 °c. Masjid ini telah direkod di dalam Guinness Book of Records sebagai masjid paling utara di dunia.
Kawasan bandar ini termasuk di dalan kawasan Krasnoyarsk Krai, di antara Sungai Yenisey dan Semenanjung Taymyr. Di Norlisk dianggarkan sekitar 50,000 orang beragama Islam yang menetap di sana. Jumlah ini hanyalah di bawah satu perempat daripada keseluruhan penduduk di wilayah Rusia iaitu sekitar 210,000. Sebahagian besar bandar ini dipenuhi warga Azerbaijan dan Republik Rusia Dagestan yang bekerja sebagai peniaga atau pekerja bangunan.
Norilsk telah diduduki penduduk sekitar tahun 1930-an dan kawasan itu adalah bandar perlombongan. Sekitar tahun 1998 Masjid Nurd Kamal telah dibina oleh Mukhtad Bekmeyev yang berasal dari suku Tartar. Masjid tersebuf berada di lokasi di pinggir bandar yang menghadap Tasik Dolgoye. Masjid ini terlihat begitu indah dan berbeza dengan masjid yang lain. Dindingnya dibina berwarna hijau serta kubah yang bersalut warna emas. Masjid Nurd Kamal mempunyai 3 tingkat dan berfungsi seperti Islamic Centre.
Masjid tersebut berada di lokasi di pinggir bandar yang menghadap Tasik Dolgoye. Dibina pada tahun 1998 oleh Mukhtad Bekmeyev yang berasal dari suku Tartar. Masjid yang begitu indah dan terlihat rambang dari bangunan yang lain dan dibina bercorakkan Turkish-style. Dindingnya berwarna hijau, dengan kubah yang bersalut warna emas.
Architectural masjid ini dibangunkan berbeza dengan masjid lain kerana ia menyesuaikan dengan keadaan iklim sejuk yang ekstrem di kawasan tersebut. Contohnya kebiasaan kita melihat menara masjid berbentuk bulat tetapi masjid Nurd Kamal dibina berbentuk persegi. Dengan ini bangunan dapat menahan angin kencang dan kuat. Kawasan Norilsk sering ditutupi salji sehinggakan bangunan masjid yang berwarna cerah ini menjadi semakin indah. Saat langit cerah, menara masjid ini menyerupai benteng atau puncak istana. Walaupun masjid ini dibina tidak terlalu besar tetapi ia menjadi kebanggaan warga Muslim yang tinggal di sana.
Kenali Masjid Nurd Kamal @ Nurd Kamal Mosque yang terletak di utara Rusia
Reviewed by Bawang
on
Friday, December 21, 2018
Rating:
No comments: