Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR) telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada Mei 2018 sebagai insentif bantuan kerajaan kepada rakyat menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM).
Pemberian BSHR pertama telah dilakukan pada 6 Jun 2018 dan seterusnya pemberian BSH kedua pada 15 Ogos 2018. Penerima BRIM 2018 secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018.
Terkini, selepas pembentangan bajet 2019 pada 2nd November 2018 Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup Rakyat seperti biasa pada tahun hadapan. Bantuan ini mensasarkan golongan isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah (B40). BSH akan diteruskan dan ditambah baik bagi memastikan penyaluran bantuan yang lebih telus. Dianggarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah akan menerima bantuan berbanding sekitar 7 juta penerima bantuan lalu, BRIM.
SENARAI PENERIMA BSHR 2019
Penerima BSHR 2019 tergolong dalam 3 kategori iaitu :
1) Golongan isi rumah berpendapatan RM 2000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM 1000
2) Golongan isi rumah berpendapatan RM 2001 sehingga RM 3000 layak menerima bantuan sebanyak RM 750
3) Golongan isi rumah berpendapatan RM 3001 sehingga RM 4000 layak menerima bantuan sebanyak RM 500
4) Bagi penambaikan BSHR 2018, golongan isi rumah yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM 120 setiap orang tetapi terhad hanya kepada 4 orang dalam 1 keluarga. Bagi yang mempunyai anak OKU tidak dihadkan umur.
PERTANYAAN MAKLUMAT MENGENAI BSHR 2019
1) Sekretariat Kementerian Kewangan (MOF) / Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, 65282 Putrajaya
2) Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM
1-800-88-2716 (Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
3) Hotline Kementerian Kewangan (MOF)
03-88824565 / 03-88824566
CARA KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT 2018
Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 (BSHR) akan mula dibuka mulai 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019. Pembayaran bagi Fasa 1 akan dilakukan mulai 28 Januari 2019. Bagi penerima bantuan Fasa 1 anda dikehendaki melakukan kemaskini maklumat pada 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019. Manakala bagi yang tidak layak / tidak menerima bantuan Fasa 1 anda dikehendaki membuat permohonan semula seperti tarikh yang tertera di atas.
Untuk permohonan / pendaftaran /kemaskini maklumat permohon boleh klik PERMOHONAN BSHR 2018.
Selain itu, boleh terus ke laman sesawang LHDNM, www.hasil.gov.my untuk permohonan.
SYARAT KELAYAKAN
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakhluk kepada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa bagi sesi 2017 / 2018 tidak layak untuk memohon.
Kemaskini / Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR) mulai 1 Februari 2019
Reviewed by Bawang
on
Saturday, December 08, 2018
Rating:
No comments: