![]() |
| Sumber: Bernama |
Skim terbaru untuk rakyat malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Januari 2019 iaitu Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim mySalam). Skim ini akan memanfaatkan kira-kira 3.69 juta penerima terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40 peratus terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).
Skim mySalam diperkenalkan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 dengan memberikan perlindungan perubatan dalam bentuk bantuan kewangan apabila berlaku kecemasan atau masalah kesihatan. Penerima skim layak mendapat perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal merangkumi kanser, serangan jantung dan alzheimer.
![]() |
| Sumber: Sinar Harian |
Skim mySalam telah bermula sejak 1 Januari 2019 dan penerima yang layak boleh membuat tuntutan mulai 1 Mac 2019. Penerima skim yang menghidapi penyakit kritikal bakal menerima bayaran one-off sebanyak RM8000. Selain itu, bayaran harian sebanyak RM50 akan diberikan sebagai pendapatan gantian jika penerima menjalani rawatan di mana -mana hospital kerajaan untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun atau bersamaan dengan RM700 setahun.
Tun M lancar Skim MySalam beri manfaat kepada golongan B40
Reviewed by Bawang
on
Friday, January 25, 2019
Rating:
Reviewed by Bawang
on
Friday, January 25, 2019
Rating:


No comments: