Apakah Lotus Birth? Jom kenali Kaedah Lotus Birth

Kaedah LOTUS BIRTH dianggap sebagai pilihan semulajadi oleh sesetengah pihak dengan pelbagai manfaat seperti mengurangkan stress ke atas bayi semasa peralihan dari rahim ke dunia dan membekalkan nutrien tambahan kepada bayi. Tetapi trend ini telah diberi amaran oleh doktor dengan mendakwa bahawa ia boleh membawa kepada jangkitan dan bakteria. 

DEFINISI LOTUS BIRTH
LLotus Birth telah dipopularkan oleh pasangan pengamal yoga yang menamakannya sbg ‘lotus birth’ dengan menghubungkaitkan simbol lotus (bunga teratai) yang mempunyai pengertian tertentu dengan kelahiran bayi. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesakitan kepada bayi semasa mengerat tali pusat dan membiarkan tali pusat tertanggal sendiri secara semulajadi. Kebiasaannya tali pusat akan jatuh sendiri dalam masa 3 hingga 7 hari atau lebih.




Kaedah kelahiran lotus birth merujuk kepada proses kelahiran yang mengekalkan tali pusat bersambung bersama bayi selepas dilahirkan. Kaedah ini didakwa mempunyai kebaikan dari aspek hubungan erat dengan ibu, membekalkan darah dan oksigen kepada bayi sehinggalah tali pusat tertanggal sendiri. Secara umumnya pemilihan kaedah bersalin mempunyai hubung kait dengan fakta perubatan dan konsep memelihara nyawa. Perkembangan semasa menunjukkan wujud kecenderungan dalam kalangan wanita yang memilih kaedah kelahiran secara tabii seperti lotus birth yang mula ditimbulkan kembali. 


KAEDAH LOTUS BIRTH

*Plasenta atau uri dibiarkan melekat bersama tali pusat dan bayi.


*Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.


*Tunggu sehingga tali pusat bayi berhenti berdenyut.

*Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.

*Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering. Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.

*Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.

*Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya. Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa tanam dan sebagainya.

FAEDAH / KEBAIKAN LOTUS BIRTH
*Mencantikkan pembentukan pusat
*Mempercepatkan proses penyembuhan
*Meningkatkan tahap imunisasi bayi
*Mengeratkan ikatan ibu dan bayi (kerana bayi yg masih bersambung dgn uri dpt duduk lebih lama dgn ibu tanpa sebarang gangguan)

CIRI-CIRI KELAHIRAN YANG TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN LOTUS BIRTH
*Tali pusat bayi pendek
*Ujian APGAR bayi yang rendah
*Bayi yang lekat uri
*Bayi yang terlalu kurang berat semasa lahir


KENAPA KELAHIRAN SECARA LOTUS BIRTH DIPILIH

*Ibubapa tidak mahu tali pusat anak mereka dipisahkan dengan cara memotong bahagian tersebut

*Ibubapa merasakan ia adalah cara yang lembut dan tenang untuk melepaskan sambungan tali pusat.

*Suatu penghormatan kepada bayi dan plasenta.


*Jaminan 100% bayi memperolehi bekalan darah yang optimum dan khusus untuk keperluan bayi

*Memberi ketenangan kepada ibu di awal kelahiran sebelum memberi perhatian sepenuhnya kepada bayi.

*Memberi ruang kepada ibu untuk berehat sebelum ada yang datang melawat. Selalunya ibu dikunjungi selepas bayi gugur tali pusat.

*Pengaruh emosi dan rohani.

*Tradisi turun temurun

*Tidak perlu bimbang masalah memotong, mengikat dan menjaga luka selepas memotong tali pusat.

*Mengurangkan risiko jangkitan kerana LB merupakan sistem tertutup antara bayi dan plasenta.

*Tidak memerlukan masa untuk menyembuhkan luka (tiada luka kerana tali pusat tidak dipotong)

HUKUM SECARA SYARIAT MENGGUNAKAN KAEDAH LOTUS BIRTH

Sebenarnya boleh saja melakukan lotus birthkerana ini adalah masalah dunia hukum asalnya halal dan boleh sebagaimana kaedah fikh,
الأصل في الأشياء الإباحة
“hukum asal urusan dunia adalah mubah/boleh”

Akan tetapi lotus birth TIDAK BOLEH:

1. JIka terbukti boleh membahayakan
Jika ini memang benar maka terlarang dalam agama. Sebagaimana hadits,
لا ضرر ولا ضرار
“Tidak boleh melakukan sesuatu yang membahayakan/ merugikan diri sendiri ataupun orang lain“ (HR Ibnu Majah, dishahihkan oleh Al-Albani)

2. Jika terbukti benar bahawa ini asalnya adalah ada keyakinan bahawa ini cara dilahirkannya dewa wisnu dan ada keyakinan mengenai hal ini.
Jika memang benar, maka ini dilarang dalam agama karena tasyabbuh menyerupai orang non-muslim. Sebagaimana hadits,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”  (HR. Abu Daud, Hasan)

Tapi kita tidak berniat menyerupai mereka? Mohon maaf, ulama menjelaskan bahwa tasyabbuh tidak mesti harus dengan niat, karena inti dari tasyabbuh adalah adanya persamaan yang cepat atau lambat bisa mempengaruhi seseorang dan akan ada ikatan hati. Inilah yang berusaha ditutup celahnya oleh syariat.
Syaikh Muhammad At-Tamimi rahimahullah berkata,
الحذر من مشابهة المشركين في أعيادهم ولو لم يقصده
“Peringatan dari tasyabbuh/meniru orang musyrik dalam hari raya (dan kepercayaan mereka) walaupun tidak berniat meniru mereka.”(Kitabut Tauhid syaikh At-Tamimi)

Apakah Lotus Birth? Jom kenali Kaedah Lotus Birth Apakah Lotus Birth? Jom kenali Kaedah Lotus Birth Reviewed by Bawang on Monday, February 25, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.