5 Fakta Penting tentang Doula yang Ibu perlu tahu serta definisi dan peranan Doula

Kebelakangan ini isu DOULA hebat diperkatakan di media sosial. Pernah terjadi kes kematian dimana seorang doula pernah terlibat dalam proses kelahiran di rumah. Bayi yang dilahirkan adalah dalam posisi songsang menyebabkan bayi tersebut lemas dan tidak dapat diselamatkan walaupun sempat dibawa ke hospital. 

DEFINISI /MAKSUD DOULA
Perkataan doula sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani purba yang membawa maksud “hamba wanita/female slave”. 
Amalan ini sebenarnya bukan baru malah turut diamalkan seawal kewujudan maksud doula tersebut. Masyarakat Yunani ketika itu mengalami banyak kejadian dimana ibu meninggal dunia ketika bersalin. Mereka mendapati bila terdapat seorang lagi insan yang membantu dalam menenangkan, melayan segala ragam dan makan sumpah maki hamun si ibu yang tengah kesakitan ketika bersalin, kadar tersebut semakin berkurang(tapi tidak serendah zaman sekarang). Golongan yang sering dipertanggungjawabkan untuk peranan tersebut adalah golongan hamba/orang suruhan.
Peranan mereka pula adalah sebagai PENEMAN/PENDAMPING yang TIDAK mempunyai kemahiran atau kelayakan perubatan sebelum, ketika atau selepas kelahiran seorang ibu mengandung dan keluarga ibu tersebut, disamping memberikan sokongan emosi dan bantuan fizikal.

Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi emosi, pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas) dan fizikal (secara sentuhan seperti urutan). 

3 JENIS DOULA DAN PERANAN

1) Doula Labour
- Membantu / menjaga ibu secara berterusan semasa dalam proses bersalin

2) Doula Antepartum
- Membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung.

3) Doula Pospartum
-Membantu ibu bersalin selama beberapa minggu pertama selepas kelahiran dengan menjaga dan penyusuan kepada bayi serta membantu dalam hal rumahtangga.


PERBEZAAN DOULA DAN BIDAN (MIDWIFE)

Doula adalah seorang peneman, kalau gunakan istilah doula ia bukan sahaja seorang peneman seperti suami, ibu atau kakak semasa kelahiran. Kalau menggunakan istilah doula zaman sekarang ialah seorang yang profesional, bermakna dia mengenakan bayaran untuk perkhidmatan meneman. 

Perbezaanya doula hanya boleh meneman dan bidan ialah pengamal kesihatan yang terlatih untuk menyambut kelahiran bayi dan untuk menjaga kesihatan ibu sebelum dan selepas kelahiran.


FAKTA PENTING TENTANG DOULA YANG PERLU IBU TAHU


Doula tidak boleh memberikan sebarang nasihat atau penjagaan perubatan kepada ibu hamil, terutamanya tentang hal obstetrik.


Doula sama sekali tidak menggantikantugasan jururawat, doktor dan doktor pakar.


Doula boleh berkongsi informasi tentang cara bersalin/penyusuan/penjagaan bayi tetapi tidak boleh menetapkan cara bersalin bagi pihak ibu.


Doula boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan penasihat ibu (di samping doktor, jururawat dan bidan), tetapi bukanlah penasihat perubatan utama yang tunggal


Doula sepatutnya tidak menangani kes ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau menangani sebarang isu kecemasan ketika bersalin.



5 Fakta Penting tentang Doula yang Ibu perlu tahu serta definisi dan peranan Doula 5 Fakta Penting tentang Doula yang Ibu perlu tahu serta definisi dan peranan Doula Reviewed by Bawang on Sunday, February 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.