Live Streaming Anugerah Juara Lagu 34 (2020)

Debaran Anugerah Juara Lagu (AJL 34) kian terasa. Saksikan AJL 34 yang akan berlangsung dengan gilang gemilangnya pada 9 Februari 2020 jam 9.00 malam di pancarkan secara lansung di TV3. AJL 34 akan dihostkan oleh pengacara hebat iaitu Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Haziq Hussni yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil. 12 lagu bakal berentap untuk memenangi gelaran juara AJL 34 (2019).


AJL tahun ini bertemakan "Warna-warna Suara" yang mana ia berkonsep apabila pemilihan pakaian penyanyi setiap kali AJL berlangsung memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan. Pemenang AJL 34 bakal membawa pulang RM50 000 bagi Juara AJL, RM 35 000 Naib Juara, RM 20 000 tempat ketiga dan RM 12 000 setiap satu untuk vokal terbaik dan persembahan terbaik. 

LIVE STREAMING ANUGERAH JUARA LAGU 34 (2020)

Berikut dikongsikan link atau video live streaming. Sila klik link di bawah⬇️



LINK:

*video atau link akan dikemaskini

Senarai Giliran Persembahan 12 Lagu ke peringkat akhir AJL 34 

1) Drama -Drama Band
2) Sumpah – Naim Daniel
3) Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
4) Anta Permana – Dato Siti Nurhaliza (Bob Yusof)
5) Bangun – Aman Ra
6) Ku Bersuara – Ernie Zakri
7) Ragaman – Faizal Tahir (Fairuz Misran)
8) Rampas – Akim and Majistret
9) Dinda – Kugiran Masdo
10) Peneman – Hazama
11) Lembah Kesepian – Haqiem Rusli
12) Sumpah – Aina Abdul

Keputusan Penuh AJL 34

✳️Juara
✳️Naib Juara
✳️Tempat ke 3
✳️Vokal Terbaik
✳️Persembahan Terbaik

Tiket AJL 34

Tiket masuk AJL34 akan dijual bermula 9 Januari jam 9.00 malam dengan melayari laman sesawang https://myticket.asia/ dengan harga serendah RM30. Peminat boleh memilih tiket AJL 34 mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30).
Live Streaming Anugerah Juara Lagu 34 (2020) Live Streaming Anugerah Juara Lagu 34 (2020) Reviewed by Bawang on Wednesday, January 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.