Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Khai (Shaheizy Sam) kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari (Hasnul Rahmat) menyerang dan menawan pulau tersebut.
Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.
MAKLUMAT FILEM POLIS EVO 2
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 November 2018
Genre: Aksi
Durasi: 2 Jam 5 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira, Hasnul Rahmat, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Syafie Naswip, Hairul Azreen
Pengarah: Joel Soh, Andre Chiew
Format: 2D
Polis Evo 2
Reviewed by Bawang
on
Thursday, February 07, 2019
Rating:

No comments: