Saksikan drama bersiri komedi Spanar Jaya X yang akan ditayangkan bermula 2 Februari 2019 di TV3 pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Masih mengekalkan pelakon asal Spanar Jaya yang popular pada tahun 90 an seperti Opie Zami, Ramasundram Sengah, Radhi Khalid dan Ahmad Idham. Selain itu turut menampilkan pelakon Uqasha Senrose, Ben Amir, Sengeeta dan Douglas Lim.
MAKLUMAT DRAMA SPANAR JAYA X
TAJUK: Drama Spanar Jaya X
EPISOD: 13 episod
TARIKH SIARAN: 2 Februari 2019
WAKTU SIARAN: Setiap Sabtu jam 9:00 malam
SIARAN TV: TV3
PENGARAH: Ahmad Idham
PRODUKSI: Enfiniti Production
PELAKON: Opie Zam, Uqasha Senrose, Ben Amir, Radhi Khalid, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Ramasundram Sengah, Ahmad Idham, Jian Wen, Kalaiarasan Sivalingam, Nabila Huda, Hattan, Tiara Jacquelina
SINOPSIS SPANAR JAYA X
Pak Selamat (Allahyarham Zaibo) telah menyerahkan bengkel Spanar Jaya kepada Mat Rock (Opie Zami) yang merupakan pekerja setianya. Namun, hampir setahun berlalu, bengkel Spanar Jaya mengalami masalah kewangan dan menanggung hutang kerana Mat Rock tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan.
Pak Selamat kecewa dengan Mat Rock kerana tidak berkongsi masalah hutang yang dihadapinya. Pak Selamat bersedia untuk membantu Mat Rock menyelesaikan hutang bengkel itu tetapi dengan syarat, anak buahnya, Syasya (Uqasha Senrose) akan diserap masuk bagi memantau segala hal ehwal kewangan dan Zaki (Ben Amir), seorang mekanik akan menjadi ‘Chief Foreman’ bagi meSiri komedi Spanar Jaya yang popular sekitar tahun 1998 kini kembali dengan siri terbarunya dikenali dengan Spanar Jaya X. Menampilkan barisan-barisan pelakon baru seperti Uqasha Senrose, Ben Amir, Sangeeta Krishnasamy, dan Douglas Lim. Turut mengekalkan pelakon asalnya iaitu Opie Zami, Ramasundram Sengah, Radhi Khalid dan Ahmad Idham. Setiap episod dalam siri Spanar Jaya X akan menampilkan beberapa watak undangan dalam sitkom yang akan menemui peminatnya pada 2 Februari 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam di TV3.
TONTON DRAMA SPANAR JAYA X EPISODE 1
Tonton Drama Spanar Jaya X Episode 1
Reviewed by Bawang
on
Saturday, February 02, 2019
Rating:

No comments: