Tonton Drama Setelah Cinta Itu Pergi Episode 20


Drama terbaru TV3 menerusi Slot Samarinda iaitu Setelah Cinta Itu Pergi akan disiarkan mulai 17 Januari 2019. Drama di bawah arahan Heykal Hanifah terbitan Zamriez Golden Picture mengandingkan pelakon hebat iaitu Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar. 

MAKLUMAT DRAMA SETELAH CINTA ITU PERGI
TAJUK : Setelah Cinta Itu Pergi
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Ezdiani Abd Rahman
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin, Shah Jaszle, Azrel Ismail, Fizo Omar, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Faye Kusairi, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi

WATAK PELAKON DRAMA SETELAH CINTA ITU PERGI
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Nina Iskandar sebagai Marina
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam

SINOPSIS DRAMA SETELAH CINTA ITU PERGI
Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. 

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

TONTON DRAMA SETELAH CINTA ITU PERGI EPISODE 20
Tonton Drama Setelah Cinta Itu Pergi Episode 20 Tonton Drama Setelah Cinta Itu Pergi Episode 20 Reviewed by Bawang on Monday, February 25, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.