Drama Sara Sajeeda - Lakonan Tiz Zaqyah dan Arslan Asad Butt

Drama Sara Sajeeda merupakan karya terbaru Zeel Production di bawah arahan Eoon Shuhaini  yang akan disiarkan di Slot Samarinda TV3 mulai 3 Oktober 2019 sebanyak 30 episod. Drama ini merupakan hasil gabungan 2 buah Negara iaitu Malaysia dan Pakistan. Tiz Zaqyah adalah selaku teraju utama dalam drama ini serta menampilkan pelakon kacak pakistan iaitu Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch. Selain itu dikatakan turut berlakon dalam drama ini adalah pelakon Fahrin Ahmad dan Tasha Shila. Permulaannya watak Sara akan dilakonkan oleh Fathia Latif tetapi telah ditukar kepada Tiz Zaqyah. 



PELAKON DRAMA SARA SAJEEDA
Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad, Tasha Shila, Rita Rudaini, Aidit Noh, Datuk Yusuf Haslam, Alizeh Shah, Mas Anizan, Nisho Begum, Salma Saleem, Aliha Chaudry, Isha Noor, Farhan Ali Mali

WATAK PELAKON DRAMA SARA SAJEEDA 
Tiz Zaqyah sebagai Sara
Arslan Asad Butt sebagai Fawwad
Anmol Baloch sebagai Sajeeda


SINOPSIS DRAMA SARA SAJEEDA
Sara ialah seorang pensyarah yang tegas dan berprinsip. Manakala Sajeeda ialah simbol gadis desa yang masih suci fikiran dan hatinya. Namun keduanya masih wanita yang memerlukan seorang lelaki dalam kehidupan masing-masing. 

Sara menolak Megat, peguam muda sukses pilihan ayahnya. Sara bencikan lelaki yg ego dan bersikap persis ayahnya. Manakala Sajeeda, terjerat dalam perkahwinan tanpa cinta bersama Fawaad.

Tanpa Sajeeda ketahui, Fawaad telah pun terlebih dahulu berkahwin di Malaysia bersama Sara walaupun tanpa restu ayah Sara. Satu demi satu insiden berlaku hingga menyebabkan Sara ke Pakistan yang menemukan dia dengan Sajeeda. Hinggalah pada akhirnya kedua wanita ini bersatu. 

Apakah yang menyebabkan mereka bersatu? Dapatkah masing-masing menemui cinta sejati? 

FOTO PELAKON DRAMA SARA SAJEEDA








SUMBER FOTO : IG Tiz Zaqyah
Drama Sara Sajeeda - Lakonan Tiz Zaqyah dan Arslan Asad Butt Drama Sara Sajeeda - Lakonan Tiz Zaqyah dan Arslan Asad Butt Reviewed by Bawang on Monday, September 30, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.