Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - Ungku Ismail dan Siti Elizad

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan adaptasi daripada novel akan menemui anda mulai 6 Mei 2019 di Slot Widuri RTM pada jam 7.00 malam. Menampilkan pelakon seperti Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Syadan dan ramai lagi. Drama di bawah arahan Azri dan merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama Aku yang Kau Tinggalkan akan bersiaran selama 30 episod. 


PELAKON DRAMA AKU YANG KAU TINGGALKAN
Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Laila Nasir, Roy Azman, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Sharifah Husna, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Leeza Zain, 


SINOPSIS DRAMA AKU YANG KAU TINGGALKAN
Drama Aku Yang Kau Tinggalkan mengisahkan tentang kehidupan perkahwinan Nia (Elizad) dan Zaril (Ungku Ismail) yang berkahwin bukan atas dasar cinta. Demi membantu keluarga, Nia tanpa rela terpaksa berkahwin manakala Zaril pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit. 

Nia mula jatuh cinta di saat menjaga suaminya yang sakit dan mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan. Tetapi disebabkan salah faham yang berlaku menyebabkan Nia disingkirkan sebaik sahaja Zaril sembuh. Nia yang patah hati membawa dirinya meninggalkan Zaril dan meneruskan hidup bertahun-tahun di bumi asing. 

Tetapi apalah kita untuk menidakkan takdir jodoh yang Allah tentukan dimana mereka kembali bertemu di Turin, Italy. Walaupun masih berdendam dan rahsia yang dipendam, mereka memutuskan untuk berpisah secara rasmi. Nia dan Zaril merasakan diri masing-masing sebenarnya yang telah ditinggalkan. Persoalannya apakah rahsia yang telah dipendam saban tahun? Nak tahu nantikan drama ini di bulan Ramadan. 
Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - Ungku Ismail dan Siti Elizad Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - Ungku Ismail dan Siti Elizad Reviewed by Bawang on Friday, April 26, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.