Sinopsis Drama Cari Aku Di Syurga - Akan Datang Ramadan 2019

Drama Cari Aku Di Syurga akan menemui anda bulan Ramadan ini di Slot Samarinda TV3 mulai 6 Mei 2019. Membariskan pelakon hebat iaitu Ariel Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana selaku teraju utama dalam Drama Cari Aku Di Syurga. Drama akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam selama 16 episod. Di bawah arahan Shahrulezad Mohamedin dan skrip oleh Nurul Halawati pasti membuahkan hasil yang hebat untuk ditonton kerana drama Cari Aku Di Syurga merupakan gandingan pertama Janna Nick dan Aeril Zafril. 

PELAKON DRAMA CARI AKU DI SYURGA
Ariel Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan, Hun Haqeem


SINOPSIS DRAMA CARI AKU DI SYURGA
Drama ini mengisahkan tentang Anas (Aeril Zafrel) dan Lisa (Janna Nick) merupakan pasangan kekasih tetapi mempunyai latar belakang yang berbeza. Ibu Lisa menentang hubungan ini kerana Anaz tidak setaraf dengan keluarga Lisa dan mahu menjodohkan dengan Ariff (Hun Haqeem). Lisa yang tidak menerima kenyataan terus melarikan diri dan berkahwin dengan Anas. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa tidak biasa dengan hidup susah dan daif. Sejurus melahirkan anak pertama, Lisa tekad untuk bercerai dan meninggalkan Anas dan kembali kepada kehidupan lamanya. 

Selepas itu, Anas telah berkahwin dengan Mira dan membesarkan Suri bersama-sama. 6 tahun berlalu, Lisa yang telah berkahwin dengan Ariff kini kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Akibat kemalangan Anas telah mengalami hilang ingatan dan tidak mampu mengingati anaknya. Disebabkan itu, Suri terpaksa dijaga oleh Lisa. 
Sinopsis Drama Cari Aku Di Syurga - Akan Datang Ramadan 2019 Sinopsis Drama Cari Aku Di Syurga - Akan Datang Ramadan 2019 Reviewed by Bawang on Sunday, April 14, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.