Sinopsis Drama Iktibar (TV3)

Istimewa sempena Ramadan ini saluran TV3 membawakan Drama Iktibar yang akan mula bersiaran pada 4 Mei 2019 pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Drama Iktibar akan memaparkan kisah-kisah sebenar banduan serta pekerja di dalam penjara selama 13 episod. Di bawah arahan Bade Hj Azmi dan terbitan A. Aida Productions Sdn Bhd. Setiap episod akan memaparkan kisah-kisah yang berbeza dari kacamata warden penjara, doktor, ustazah, pegawai psikologi, guru jahit, guru bakeri dan sebagainya.


PELAKON DRAMA IKTIBAR
Nabila Huda, Nasha Aziz, Wan Sharmila, Nazim Othman, Hisyam Hamid, Syazuwan Hassan, Fouziah Gous, Azrel Ismail, Anis Al-Idrus, Oktovia Manrose, Amar ashraf, Izzy Reef, Reza Hasbi, Afzan A. Rahman, Azhan Rani, Adik Nik Adam Mika, Nadia Brian, Elisha Sandha, Ain Edruce, Aida Khalida, Nina Iskandar, Adam Shahz, Fahrin Ahmad, Ucop Cecupak, Bell Ngasri, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.


SINOPSIS DRAMA IKTIBAR
Setiap episod akan memaparkan kisah-kisah banduan yang berlainan dimana kes-kes yang diambil adalah seperti membuli hingga mati, samun bersenjata, bunuh tanpa niat, mencuri kerana hutang, langgar hingga sebabkan kematian, bunuh ayah, penderaan anak dan lain-lain lagi. Drama Iktibar dipertontonkan kepada orang ramai agar dapat memberikan pengajaran yang baik dengan menyingkap jenayah dan kisah hidup sebelum dan semasa menjadi banduan. Walaupun mereka mempunyai kerjaya yang hebat, tetapi masih ada ujian di sebaliknya yang masyarakat  di luar sana perlu mengambilnya sebagai IKHTIBAR.
Sinopsis Drama Iktibar (TV3) Sinopsis Drama Iktibar (TV3) Reviewed by Bawang on Monday, April 29, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.