Sinopsis Drama Isteri Aku Kalis Cinta - Bersiaran mulai 17 Jun 2019

Drama Isteri Aku Kalis Cinta bakal menemui penonton tidak lama lagi menerusi Slot Samarinda TV3. Akan disiarkan mulai 17 Jun 2019 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. Drama di bawah arahan Raja Mukhriz ini menampilkan pelakon hebat seperti Fattah Amin, Azar Azmi dan Faye Kusairi.


PELAKON DRAMA ISTERI AKU KALIS CINTA
Fattah Amin, Azar Azmi, Faye Kusairi, Zila Bakarin, Mak Jah dan ramai lagi  (akan dikemaskini)


SINOPSIS DRAMA ISTERI AKU KALIS CINTA
Drama ini mengisahkan tentang Adelia Dayana @ Diya (Azar Azmi) yang telah mendidik hatinya agar kalis cinta disebabkan sejarah hitam hidupnya. Kemunculan Zahil Hariz (Fattah Amin) dalam hidupnya tidak dapat diterima tetapi atas usaha Zahil yang tidak pernah putus asa akhirnya mereka berkahwin tetapi tanpa kerelaan hati Diya. 

Diya berusaha memjadi isteri yang baik manakala Zahil pula setia menunggu cinta dari isterinya. Disebalik itu tersimpan sebuah rahsia yang bakal mencetuskan kebencian Diya terhadap Zahil. Di saat cinta sudah mula terbit di hati Diya, rahsia tersimpan semat terbongkar jua menyebabkan Diya membenci Zahil umpama tiada maaf lagi buat suaminya. 

"Awak tahu kenapa saya benci lelaki?" ... "Sebab semua lelaki yang saya jumpa semuanya manusia bertopengkan syaitan!" "Dan... Awak adalah lelaki yang bertopengkan bapak syaitan".... Adelia Dayana. 

Mampukah Zahil membuatkan Diya mencintainya semula? 
Sinopsis Drama Isteri Aku Kalis Cinta - Bersiaran mulai 17 Jun 2019 Sinopsis Drama Isteri Aku Kalis Cinta - Bersiaran mulai 17 Jun 2019 Reviewed by Bawang on Wednesday, April 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.