Sinopsis Drama Pia - Slot Lestary TV3

Drama Pia bakal menghiasi Slot Lestary TV3 bulan Ramadan ini bermula 3 Mei 2019. Drama terbitan JS Pictures di bawah arahan Azman Yahya akan bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam. Menampilkan pelakon hebat seperti Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel, Azira Shafinaz dan ramai lagi. 

Tajuk : Pia
Jumlah Episode : 15 
Tarikh Tayangan : 3 Mei 2019
Waktu Siaran : setiap Rabu - Jumaat jam 9.00 malam
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Azman Yahya
Siaran TV : Slot Lestary TV3


PELAKON DRAMA PIA
Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Annie Mosha, Izzat Mushtaq, Zalfa Zin, Fathil Dani, Badrul Muhayat. 

SINOPSIS DRAMA PIA
Drama Pia mengisahkan tentang Pia (Zara Zya) yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya. Selepas kematian ibu bapanya akibat dadah, Pia dijaga oleh Pak Long Mat. Pia mempunyai seorang adik yang cacat akibat cerebal palsy bernama Budi (Naim Daniel). Zafran (Alif Satar) merupakan rakan mengaji Pia yang tinggal bersama ibu bapa saudaranya dan menyukai Pia. 

Ibu saudara Zafran bernama Ila sering memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan percintaan mereka dan cuba menghalangnya. Setelah dewasa Zafran meneruskan pengajiannya ke luar negara dan apabila pulang terus mengahwini Pia. Tetapi perkahwinan itu tidak direstui Ila. Zafran yang mahukan sepenuh perhatian daripada Pia telah menghantar Budi ke pusat penjagaan. Hubungan mereka lama kelamaan semakin dingin disebabkan Zafran mula berubah dan menambahkan lagi kesengsaraan di hati Pia. 
Sinopsis Drama Pia - Slot Lestary TV3 Sinopsis Drama Pia - Slot Lestary TV3 Reviewed by Bawang on Friday, April 19, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.