Sinopsis Drama Puteri Yang Ditukar

Drama Puteri Yang Ditukar akan menemui anda di Slot Tiara Astro Prima mulai 9 Julai 2019. Drama yang merupakan adaptasi daripada Sinetron Indonesia yang popular sekitar tahun 2010 akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang selama 80 episod. Terbitan Orangtree Production Sdn Bhd dan di bawah arahan Bahri Uma / Zamri Zakaria. Menampilkan pelakon seperti Azrel Ismail, Elisya Sandha, Eyra Hazali, Edika Yusuf, Eizlan Yusof dan ramai lagi. 


PELAKON DRAMA PUTERI YANG DITUKAR
Azrel Ismail, Elisya Sandha, Eyra Hazali, Edika Yusuf, Eizlan Yusof, Lan Zailan, Zila Bakarin dan ramai lagi


SINOPSIS DRAMA PUTERI YANG DITUKAR
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Amira (Elisha Sandha) dan Zahira (Eyra Hazali). Amira hidup secara sederhana bersama ibu bapanya sedangkan Zahira hidup dalam keadaan serba mewah disebabkan kekayaan ibu bapanya. Zahira juga mempunyai ibu tiri, Malena dan kakak tiri, Meisya. Walaupun Zahira hidup mewah, dia sering diganggu oleh ibu tiri dan kakak tirinya. 



Kebenarannya, Zahira adalah anak kandung kepada ibu dan bapa Amira dan sebaliknya untuk Amira. Zahira dan Amira telah ditukar semasa kelahiran mereka demi sebuah dendam. Tetapi semua ini menjadi rahsia dan tidak diketahui oleh sesiapa pun. Siapakah yang menukar bayi semasa lahir? Apakah dendam dan punca sebenar disebalik penukaran bayi? Nantikan drama ini. 
Sinopsis Drama Puteri Yang Ditukar Sinopsis Drama Puteri Yang Ditukar Reviewed by Bawang on Wednesday, April 24, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.