Drama Anugerah Cinta Aisyah Episod 13 (Akhir)

Drama Anugerah Cinta Aisyah akan bersiaran mulai 8 Mei 2019 di saluran TV Okey 109 (RTM) pada setiap hari Isnin hingga Ahad jam 10.00 malam selama 13 episod. Menampilkan pelakon seperti Ruhainies, Idris Khan, PU Rizz, Hanna Aqeela dan ramai lagi. Drama terbitan Zeel Production dan di bawah arahan Khairul Anwar. 


PELAKON ANUGERAH CINTA AISYAH
Ruhainies, Idris Khan, PU Rizz, Hanna Aqeela, Lydia Saimon, Puteri Khareeza, Ali Reza dan Aidit Noh


TONTON DRAMA ANUGERAH CINTA AISYAH EPISOD 13



 
SINOPSIS ANUGERAH CINTA AISYAH
Anugerah Cinta Aisyah mengisahkan tentang Aisyah (Ruhainies) seorang graduan dari Mesir dan sekembalinya ke Malaysia telah bertugas sebagai ustazah guru sandaran. Kemudian, Aisyah telah mengambil alih tugas ayahnya, Ustaz Saleh mengajar agama di rumah Dato’ Khaleed dan Datin Zariah. Mereka pernah ‘hanyut’ dan berhasrat untuk kembali bertaubat. Anak mereka, Zahril (Idris Khan) bersikap liar dan mempunyai teman wanita bernama Serena (Puteri Khareeza), penyanyi di kelab.

Konflik dalam keluarga Zahril tercetus apabila ibu bapanya mahukan hubungannya dengan Serena putus dan kembali bertaubat. Kedatangan Aisyah dalam keluarga tersebut disenangi oleh Datin kerana Aisyah mempunyai ciri-ciri gadis muslimah dan dalam masa yang sama Zahril tidak menyukai Aisyah. Serena pula mendapat tawaran menyanyi di Budapest tetapi Zahril tidak dapat mengikutnya akibat tentangan daripada Datin dan Dato. 

Aisyah mempunyai kekasih bernama Syazwan (Haris Ismail), ketika belajar di Mesir dan menunggu kepulangannya untuk berkahwin. Tidak lama selepas itu, Syazwan kembali ke Malaysia tetapi ibunya telah merancang untuk menjodohkannya dengan Nadihah (Hanna Aqeela), sepupu yang menumpang di rumah mereka. Nadihah memang menyimpan perasaan terhadap Syazwan sejak dulu lagi. 


Zahril yang tidak senang dengan perubahan kedua ibu bapanya telah menyalahkan Aisyah dan memberi amaran agar Aisyah tidak datang lagi ke rumahnya. Pada suatu hari, Zahril yang memandu dalam keadaan mabuk telah telanggar Aisyah menyebabkannya lumpuh separuh badan. Semasa Aisyah menjalani rawatan fisioterapi, Zahril sering menjenguknya tetapi atas paksaan Datin. Disebabkan accident tersebut, Datin telah melamar Aisyah untuk berkahwin dengan Zahril tetapi Aisyah tidak bersetuju. Zahril yang rasa bersalah telah memujuk Aisyah agar berkahwin dengannya dan berjanji akan menjaga Aisyah sebaiknya. Perkahwinan terus diadakan di hospital. 

Syazwan pada mulanya bersetuju untuk berkahwin dengan Nadirah mula betubah hati apabila bertemu semula dengan Aisyah. Disebabkan itu Zahril mula menuduh Aisyah curang dan mereka mula bergaduh. 

Aisyah mengambil keputusan mengajak Zahril ke Budapest untuk mencari Serena tetapi Zahril tidak bersetuju dan menuduh Aisyah merancang untuk berkahwin dengan Syazwan selepas berjaya bertemu dengan Serena. Akhirnya Zahril akur dan mereka ke Budapest dengan misi mencari Serena. Syazwan terkejut apabila mendapat berita daripada Ustaz Saleh bahawa Aisyah berada di Budapest bersama Zahril. Syazwan turut ke Budapest untuk membawa Aisyah pulang.

Hubungan Zahril dengan Aisyah terus dingin ketika mereka berada di Budapest. Zahril mengajak Aisyah pulang ke Malaysia namun tidak dipersetujui Aisyah yang tetap mahu mencari Serena. Aisyah mula mengaku kepada Zahril yang dia menyintai Syazwan menyebabkan Zahril terkejut dan kecewa. Pengakuan Aisyah memberi tamparan hebat buat dirinya dan mula terasa kehilangan cinta Aisyah. Siapakah pilihan Aisyah? Zahril atau Syazwan?
Drama Anugerah Cinta Aisyah Episod 13 (Akhir) Drama Anugerah Cinta Aisyah Episod 13 (Akhir) Reviewed by Bawang on Monday, May 20, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.