Drama Iktibar Episod 4

Istimewa sempena Ramadan ini saluran TV3 membawakan Drama Iktibar yang akan mula bersiaran pada 4 Mei 2019 pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Drama Iktibar akan memaparkan kisah-kisah sebenar banduan serta pekerja di dalam penjara selama 13 episod. Di bawah arahan Bade Hj Azmi dan terbitan A. Aida Productions Sdn Bhd. Setiap episod akan memaparkan kisah-kisah yang berbeza dari kacamata warden penjara, doktor, ustazah, pegawai psikologi, guru jahit, guru bakeri dan sebagainya.




PELAKON DRAMA IKTIBAR
Nabila Huda, Nasha Aziz, Wan Sharmila, Nazim Othman, Hisyam Hamid, Syazuwan Hassan, Fouziah Gous, Azrel Ismail, Anis Al-Idrus, Oktovia Manrose, Amar ashraf, Izzy Reef, Reza Hasbi, Afzan A. Rahman, Azhan Rani, Adik Nik Adam Mika, Nadia Brian, Elisha Sandha, Ain Edruce, Aida Khalida, Nina Iskandar, Adam Shahz, Fahrin Ahmad, Ucop Cecupak, Bell Ngasri, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.


TONTON DRAMA IKTIBAR EPISOD 4





SINOPSIS DRAMA IKTIBAR

EPISOD 4 : KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI


Ustazah Aminah (59), salah seorang guru JAKIM yang bekerja dia salah sebuah penjara. Dia ditugaskan untuk mengajar Al-Quran, ejaan rumi, solat dan sahsiah insan. Dia amat tertarik dengan kisah Mami Maria (60), seorang bekas pelacur, bekas mak ayam dan penagih dadah yang kerap keluar masuk penjara dari umurnya 38 tahun. Mami Maria sanggup melacurkan diri dan berkahwin dengan bapa ayam angkara ketagih dadah. Dia dipenjarakan atas dakwaan melacur dan menagih dadah. Di penjaralah Mami Maria sedar dia memang tidak tahu hendak mengeja dalam Bahasa Jawi mahupun rumi. Mami Maria insaf dan mula belajar dengan ustazah Aminah. 

Suatu hari sepupu Ustazah Aminah, Hasnah (53), mengadu tentang sikap suaminya, Bakar (55), pekerja kontrak pembinaan. Semakin hari semakin baran, ada je tidak kena. Lebih-lebih lagi sejak Bakar dah mula pandai bergaul dengan rakan-rakan sekerjanya. Kalau dulu Bakar jarang balik malam, kali ini selalu sangat. Kadang-kadang sampai tak balik rumah pun ada

Drama Iktibar Episod 4 Drama Iktibar Episod 4 Reviewed by Bawang on Saturday, May 25, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.