Sinopsis Telefilem Geng Van Jenazah (Slot Cerekarama)

Sempena Ramadan ini saluran TV3 membawakan Telefilem Geng Van Jenazah yang akan disiarkan di Slot Cerekarama pada 25 Mei jam 10.00 malam. Menampilkan pelakon seperti Tomok, Reen Rahim, Elisya Sandha, Issey Fazlisham dan ramai lagi. Geng Van Jenazah diarahkan oleh Jamil Khan dan terbitan Cinema Stage Production Sdn Bhd.


PELAKON TELEFILEM GENG VAN JENAZAH
Tomok, Reen Rahim, Elisya Sanda, Issey Fazlisham, Azhan Rani, Wan Sharmila, Che Mat Raja Lawak, Halmey Hamdah, Aleza Shadan


SINOPSIS TELEFILEM GENG VAN JENAZAH
Husin adalah seorang pemandu van jenazah yang bersahabat baik dengan Mail. Pada suatu hari, Husin menerima panggilan untuk mengambil jenazah Pak Tam yang meninggal dunia akibat makan durian. Semasa perjalanan untuk menghantar Pak Tam ke kampung asalnya, Mail menerima panggilan daripada kekasihnya, Sharifah yang ingin berjumpa kerana dipaksa bertunang dengan orang lain. Akibat kesuntukan masa, Husin turut membawa Sharifah bersama dan mereka menggunakan jalan pintas. Mereka diduga apabila tayar van pancit dan terbenam. Alangkah terkejutnya mereka bertiga apabila tiba-tiba jenazah Pak Tam bangun dan sedang menikmati buah durian menyebabkan Husin, Mail dan Sharifah bertempiaran lari. Akhirnya misteri jenazah Pak Tam terungkai setelah mereka melalui pelbagai halangan dan rintangan. 
Sinopsis Telefilem Geng Van Jenazah (Slot Cerekarama) Sinopsis Telefilem Geng Van Jenazah (Slot Cerekarama) Reviewed by Bawang on Sunday, May 05, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.