Tonton Drama Iktibar Episod 1

Istimewa sempena Ramadan ini saluran TV3 membawakan Drama Iktibar yang akan mula bersiaran pada 4 Mei 2019 pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Drama Iktibar akan memaparkan kisah-kisah sebenar banduan serta pekerja di dalam penjara selama 13 episod. Di bawah arahan Bade Hj Azmi dan terbitan A. Aida Productions Sdn Bhd. Setiap episod akan memaparkan kisah-kisah yang berbeza dari kacamata warden penjara, doktor, ustazah, pegawai psikologi, guru jahit, guru bakeri dan sebagainya.




PELAKON DRAMA IKTIBAR
Nabila Huda, Nasha Aziz, Wan Sharmila, Nazim Othman, Hisyam Hamid, Syazuwan Hassan, Fouziah Gous, Azrel Ismail, Anis Al-Idrus, Oktovia Manrose, Amar ashraf, Izzy Reef, Reza Hasbi, Afzan A. Rahman, Azhan Rani, Adik Nik Adam Mika, Nadia Brian, Elisha Sandha, Ain Edruce, Aida Khalida, Nina Iskandar, Adam Shahz, Fahrin Ahmad, Ucop Cecupak, Bell Ngasri, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.


TONTON DRAMA IKTIBAR EPISOD 1


 

SINOPSIS DRAMA IKTIBAR

TAJUK : Banduan Muda - Dipenjara kerana buli rakan sehingga mati

Azrul (43 tahun), bekerja sebagai cikgu di sekolah integriti dalam penjara untuk calon pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Di Sekolah Integriti, para pelajar akan mempelajari enam subjek teras yang wajib diambil dalam peperiksaan. Azrul mengajar subjek Bahasa Inggeris. Di dalam kelas tersebut, Azrul tertarik dengan seorang banduan bernama ROY (18 tahun) yang sering dilihat berseorangan dan muram. Hasil daripada temubual Azrul dengan Warden, barulah Azrul tahu Roy merupakan tahanan di bawah umur yang telah disabitkan atas kesalahan membunuh seorang rakan sekelasnya. Roy makin rasa bersalah kerana ibu bapanya meninggal dunia selepas kejadian itu dan dia telah menyebabkan dua orang adiknya hilang tempat berkasih sayang. 
Tonton Drama Iktibar Episod 1 Tonton Drama Iktibar Episod 1 Reviewed by Bawang on Saturday, May 04, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.