Tonton Drama Iktibar Episod 2

Istimewa sempena Ramadan ini saluran TV3 membawakan Drama Iktibar yang akan mula bersiaran pada 4 Mei 2019 pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Drama Iktibar akan memaparkan kisah-kisah sebenar banduan serta pekerja di dalam penjara selama 13 episod. Di bawah arahan Bade Hj Azmi dan terbitan A. Aida Productions Sdn Bhd. Setiap episod akan memaparkan kisah-kisah yang berbeza dari kacamata warden penjara, doktor, ustazah, pegawai psikologi, guru jahit, guru bakeri dan sebagainya.




PELAKON DRAMA IKTIBAR
Nabila Huda, Nasha Aziz, Wan Sharmila, Nazim Othman, Hisyam Hamid, Syazuwan Hassan, Fouziah Gous, Azrel Ismail, Anis Al-Idrus, Oktovia Manrose, Amar ashraf, Izzy Reef, Reza Hasbi, Afzan A. Rahman, Azhan Rani, Adik Nik Adam Mika, Nadia Brian, Elisha Sandha, Ain Edruce, Aida Khalida, Nina Iskandar, Adam Shahz, Fahrin Ahmad, Ucop Cecupak, Bell Ngasri, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.


TONTON DRAMA IKTIBAR EPISOD 2




SINOPSIS DRAMA IKTIBAR

EPISOD 2 : KORBAN CINTA

Fatimah (40 tahun) merupakan Warden penjara wanita. Setiap hari Fatimah akan berhadapan dengan ramai banduan yang mempunyai cerita tersendiri. Namun kisah salah seorang banduan, Hasniza (27 tahun) yang ceria dan suka menanam bunga menarik perhatiannya. Setelah berbual, barulah Fatimah tahu kes Hasniza iaitu melakukan kecurian semata-mata ingin membayar hutang kekasihya (FLASHBACK). Lebih-lebih lagi Hasniza datangnya dari keluarga yang baik-baik kerana dirasakan ada persamaan dengan hidup adiknya, Aisyah (25 tahun), yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. 

Fatimah sering kali menasihati Aisyah supaya berhati-hati dengan suaminya, Zahid (28 tahun), kerana dia bukanlah seorang suami yang baik dan sering mengabaikan nafkah mereka walaupun baru setahun berkahwin. Namun Aisyah tidak mengendahkannya dan tegaskan dia tahu menjaga diri dan faham benar dengan sikap suaminya. Fatimah semakin rungsing apabila sudah dua kali terserempak dengan Zahid yang diugut samseng dan syak Zahid telah berhutang dengan samseng tersebut. 


Tonton Drama Iktibar Episod 2 Tonton Drama Iktibar Episod 2 Reviewed by Bawang on Saturday, May 11, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.