Tonton Drama Voice Note Episod 1-4

Drama Voice Note akan disiarkan mulai 29 April 2019 di Slot Samarinda TV3. Menampilkan pelakon Sharifah Sakinah, Amelia Henderson, Shasha Abedul, Scha Elinnea dan ramai lagi. Bersiaran pada hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam selama 4 episod. Merupakan terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan di bawah arahan Azmi Hatta. 


PELAKON DRAMA VOICE NOTE
Sharifah Sakinah, Amelia Henderson, Shasha Abedul, Scha Elinnea, Rita Rudaini, Fendy Bakri, Zamarul Hisham, Ikmal Amry, Ariff Bahran, Ali Reza, Hanna Derose, Nafiez Zaidi. 


SINOPSIS DRAMA VOICE NOTE
Drama Voice Note mengisahkan Sara yang berasa sangat teruja pada hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pensyarah di Kolej Srivilla. Namun, sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kolej itu, bulu romanya merinding. Dia merasakan sesuatu yang ganjil di dalam kolej itu dan mula tidak sedap hati.


Pada malam pertama di situ, Sara telah menerima satu voice note daripada pengirim misteri membuatkan Sara tidak dapat tidur dengan lena. Keesokannya, Sara cuba mencari siapakah Mira dengan menelefon dan whatsapp nombor Mira tetapi tidak berjaya. Sehinggalah Sara menerima voice note terbaru daripada Mira yang mula menceritakan satu per satu mengenai kisahnya bersama dua orang lagi rakan kolejnya iaitu Ika dan Tasya dan mahu Sara merungkaikan misteri kematian mereka. Sara akhirnya mendengar kerana ingin tahu ada apa di sebalik kolej itu.


TONTON DRAMA VOICE NOTE EPISODE 1-4

Tonton Drama Voice Note Episod 1-4 Tonton Drama Voice Note Episod 1-4 Reviewed by Bawang on Friday, May 03, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.