Drama Iktibar Episod 7

Istimewa sempena Ramadan ini saluran TV3 membawakan Drama Iktibar yang akan mula bersiaran pada 4 Mei 2019 pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Drama Iktibar akan memaparkan kisah-kisah sebenar banduan serta pekerja di dalam penjara selama 13 episod. Di bawah arahan Bade Hj Azmi dan terbitan A. Aida Productions Sdn Bhd. Setiap episod akan memaparkan kisah-kisah yang berbeza dari kacamata warden penjara, doktor, ustazah, pegawai psikologi, guru jahit, guru bakeri dan sebagainya.




PELAKON DRAMA IKTIBAR
Nabila Huda, Nasha Aziz, Wan Sharmila, Nazim Othman, Hisyam Hamid, Syazuwan Hassan, Fouziah Gous, Azrel Ismail, Anis Al-Idrus, Oktovia Manrose, Amar ashraf, Izzy Reef, Reza Hasbi, Afzan A. Rahman, Azhan Rani, Adik Nik Adam Mika, Nadia Brian, Elisha Sandha, Ain Edruce, Aida Khalida, Nina Iskandar, Adam Shahz, Fahrin Ahmad, Ucop Cecupak, Bell Ngasri, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.


TONTON DRAMA IKTIBAR EPISOD 7




SINOPSIS DRAMA IKTIBAR

EPISOD 7:


Habibah (27), seorang Koperal Penjara yang menguruskan dobi penjara. Habibah kagum dengan pencapaian seorang banduannya, Khaisara (32), yang cekap dan kreatif dalam menjahit. Banyak juga tempahan yang diterimanya. Namun di sebalik itu, Khaisara merupakan banduan yang ditahan kerana kes pecah amanah walhal bukan salahnya namun bukti telah berpihak kepada Khaisara. Mahu tidak mahu dia terpaksa menerima hukuman. Dia redha mungkin kejadian itu berlaku atas kecuaiannya juga. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. 

Rakan serumah Habibah, AZLINDA (36), baru dinaikkan pangkat sebagai pengurus di salah sebuah bank. Habibah selalu menasihati Azlinda agar kerja dengan jujur. Azlinda memberitahu Habibah jangan risau dia tahu jaga diri. Habibah menceritakan kisah Khaisara pada Azlinda namun Azlinda yakin dia akan sentiasa amanah dengan tanggungjawabnya malah semua pekerja bawahannya baik-baik belaka.

Drama Iktibar Episod 7 Drama Iktibar Episod 7 Reviewed by Bawang on Saturday, June 15, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.