Sinopsis Keluarga Baha Don (Remy Ishak dan Jihan Muse)

Drama Keluarga Baha Don bergenre komedi akan disiarkan mulai 11 Julai di laman stresming Viu. Menampilkan pelakon hebat Remy Ishak, Jihan Muse, Othman Hafsham dan ramai lagi dan akan bersiaran selama 10 episod. 


PELAKON KELUARGA BAHA DON

Remy Ishak, Jihan Muse, Othman Hafsham, Susan Lankester, Khir Rahman, Sharifah Aleysha, Melissa Campbell, Nam Ron, Razak Ahmad, Alvin Wong, Mark Adam, Sabri Yunus, Ayu Azhari, Junji Delfino, Doungles Wong, Indi Nadarajah.


SINOPSIS KELUARGA BAHA DON
Drama ini mengisahkan tentang Keluarga Baha Don dimana berkisarkan cerita tentang Jo Don yang berada dalam keadaan dilema setelah kematian bapanya. Dalam wasiat terakhir bapanya meminta Jo Don untuk mewarisi perniagaan keluarganya sedangkan ketika itu dia sedang mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang chef di Eropah. Dalam memenuhi permintaan wasiat bapanya, dia berasa ada sesuatu yang mencurigakan setelah mengetahui kenalan bapanya terdiri daripada latar belakang yang menakutkan. 


Semasa bapanya masih hidup dia hanya mengetahui keluarganya sedang mengusahakan perniagaan berasaskan restoran tetapi bapanya menggunakan perniagaan makanan sebagai perantara untuk urusan haram dalam industri makanan. Jo mempunyai seorang kekasih bernama Kesuma (Jihan Muse), namun ibunya Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya. Adakah Jo memilih untuk meneruskan cita-citanya menjadi Chef atau mengambil alih perniagaan bapanya? 
Sinopsis Keluarga Baha Don (Remy Ishak dan Jihan Muse) Sinopsis Keluarga Baha Don (Remy Ishak dan Jihan Muse) Reviewed by Bawang on Monday, July 08, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.