Drama Kerana Dia Manusia Biasa Episod 14

Drama Kerana Dia Manusia Biasa adaptasi daripada novel karya Wan Nur Najihah akan disiarkan mulai 24 julai 2019 setiap isnin hingga khamis jam 10.00 malam di Slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Syukri Yahya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman akan menemani anda selama 15 episod. 


PELAKON KERANA DIA MANUSIA BIASA
Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Dhia Ly, Ku Zara Eryna


TONTON KERANA DIA MANUSIA EPISOD 14



LINK: 


SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong), terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Kepergian isteri Tengku Shamil Zaquan (Syukri Yahya) membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.


Sakit, perit itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?
Drama Kerana Dia Manusia Biasa Episod 14 Drama Kerana Dia Manusia Biasa Episod 14 Reviewed by Bawang on Thursday, August 15, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.