Baca Novel Demi Rindumu Bab 1 - 10

Drama Demi Rindumu bakal menghiasi slot megadrama Astro Ria mulai 7 Oktober 2019 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. Drama Demi Rindumu dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Janna Nick, Sean Lee, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Demi Rindumu merupakan adaptasi daripada Novel karya Diya Jamal.

BACA NOVEL DEMI RINDUMU (BAB 1 - BAB 10)
Berikut dikongsikan novel demi rindumu :

















SINOPSIS NOVEL DEMI RINDUMU

Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?
“Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” – Nurhana
“Takde apa-apa.” – Haznik
“Habis tu, kenapa tenung muka saya?” – Nurhana
“Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik
“Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana
“Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”
Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.
Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.
“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” – Nurhana
Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik.

“Na jangan mengarut!” – Nasrul
Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu?
Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik?

Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh?Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?

PELAKON DRAMA DEMI RINDUMU
Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Aleza Shadan, Mustapha Kamal


SINOPSIS DRAMA DEMI RINDUMU
Nurhana (Janna Nick) pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul (Norman Hakim) ingin berkahwin dengan Rania (Elvina Mohamad), gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.

Sebelum ini Rania adalah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik (Sean Lee) yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Rania merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.
Baca Novel Demi Rindumu Bab 1 - 10 Baca Novel Demi Rindumu Bab 1 - 10 Reviewed by Bawang on Monday, October 07, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.